in

3 Manfaat Penjawat Awam Bakal Dapat Dalam Bajet 2023

Ft Bajet 2023 Penjawat Awam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam pembentangan Bajet 2023 sebentar tadi, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan sebanyak RM 350 kepada satu juta pesara kerajaan dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.

Selain itu, kenaikan gaji tambahan khas sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah. Mereka juga bakal menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM 600 berbanding RM500 pada tahun lalu.


Selain itu, berita gembira kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), apabila Tengku Zafrul memaklumkan diskaun sebanyak 20% untuk baki hutang penyelesaian penuh, 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang serta 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

 

Baca : [TERKINI] Bajet 2023 : Ini Bantuan Yang Akan Diberikan Kepada Murid Sekolah

Berjet2023 Murid Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.