in

[TERKINI] Bajet 2023 : Ini Bantuan Yang Akan Diberikan Kepada Murid Sekolah

Berjet2023 Murid Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belanjawan 2023 yang dibentangkan sebentar tadi oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM55.6 billion akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan untuk memudahkan urusan harian murid-murid yang masih bersekolah dan juga menambah baik infrastruktur sekolah-sekolah di Malaysia.


Antara yang dibentangkan ialah, peruntukan Bantuan Awal Persekolah yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM50 dari RM100 kepada RM150 dan akan diberikan kepada semua murid sekolah tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Screenshot 2022 10 07 164745

Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga dinaikkan dari RM2.50 kepada RM3.50 bagi murid yang berada di semenanjung manakala untuk murid yang berada di Sabah & Sarawak akan menerima peningkatan dari RM3 kepada RM4.

Screenshot 2022 10 07 164954

Bukan itu sahaja, sebanyak RM1.1 billion akan disalurkan untuk proses selenggara dan baik pulih sekolah, merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan juga tamil serta sekolah agama.

Screenshot 2022 10 07 165151

 

Harap sedikit sebanyak dapat membantu sektor pendidikan negara ke tahap yang lebih baik.

Baca : Belanjawan 2023: Kerajaan Bentang Bajet Terbesar Dengan Peruntukan Sebanyak RM372.3 Bilion

Collage 18 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.