in

3 Lelaki Mengamuk Serang Sekolah Tadika, Dakwa Tak Tahan Dengar Bunyi Bising

Ft Lelaki Mengamuk

Satu video viral sejak hari Selasa memperlihatkan 3 lelaki mengamuk disebuah rumah yang dipercayai tadika telah menarik perhatian netizen.

Sinar Harian melaporkan bahawa, ia disebabkan mereka terganggu dengan bunyi bising dan dipercayai berlaku di Bandar Sri Sendayan, Seremban pada hari Selasa lepas.

 

Timbul ketakutan murid-murid

*Usah buat spekulasi liar dakwaan lelaki amuk di tadika*Seremban: Polis menasihatkan penduduk khususnya di Bandar Sri Sendayan, di sini, supaya tidak memperbesarkan kejadian tiga lelaki yang mengetuk pintu sebuah tadika di taman berkenaan dalam keadaan marah kira-kira jam 11.45 pagi semalam.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menerima satu laporan polis jam 3.51 petang semalam daripada pihak pusat asuhan kanak-kanak berkenaan.Beliau berkata, kejadian berkenaan sebenarnya hanya perselisihan faham antara jiran dengan pengusaha tadika akibat bunyi bising daripada kanak-kanak yang sedang belajar."Kejadian sebenar cuma berlaku perselisihan faham antara jiran belakang dan pihak tadika. Tindakan awal sudah diambil dengan memanggil semua yang terbabit."Hasil perbincangan awal dan persetujuan dicapai supaya perkara ini tidak dipanjangkan. Pihak polis berharap kejadian ini tidak diperbesarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Beliau berkata, penduduk dinasihatkan supaya bertenang kerana keselamatan mereka dan kanak-kanak terjamin."Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang fitnah dan berhenti menyebarkan video kejadian. Keadaan semasa adalah terkawal.Sejak semalam, tular tiga rakaman masing-masing berdurasi dua minit 49 saat, 59 saat dan 49 saat yang menunjukkan tiga lelaki memegang objek sambil mengetuk pintu pagar bahagian belakang sebuah premis.Terdengar juga dialog lelaki berkenaan seolah berada dalam keadaan marah kerana bunyi bising dari tadika berkenaan.Video yang dimuat naik di laman Facebook itu disertakan dengan kenyataan berbunyi tiga lelaki mengamuk di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan dan menimbulkan ketakutan kepada guru dan anak taska."Waktu berlaku jam 11.45, mereka menggunakan besi ketuk pintu dan mengeluarkan perkataan yang berunsur ugut. Punca mengamuk sebab kanak-kanak bising," katanya.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/788834/usah-buat-spekulasi-liar-dakwaan-lelaki-amuk-di-tadika=======================?

Posted by Naim Zelkifle on Wednesday, December 15, 2021

Terdapat 3 rakaman tular di media sosial yang membuatkan netizen mahu polis mengambil tindakan segera.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis telah pun memanggil ketiga-tiga lelaki terbabit untuk siasatan lanjut selepas pengusaha tadika membuat laporan.

Difahamkan perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi bising murid tadika berkenaan yang sedang belajar. Ketika kejadian terdapat seramai 76 murid.

“Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit yang dipanggil di balai polis, mereka telah bersetuju supaya perkara ini tidak dipanjangkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Disebabkan itu, polis berharap kejadian seperti itu tidak lagi diperbesarkan dan penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan terkawal.

Menerusi keterangan pada video terbabit di Facebook, dinyatakan tiga lelaki telah mengamuk di tadika tersebut sehingga menimbulkan ketakutan pada guru dan murid-murid.

 

Baca : Digigit 26 Kali, Lelaki Cedera Parah Lepas Diserang Sekumpulan Memerang Ketika Bersiar-siar Di Singapura

2Merang