in

Panadol Tiada Stok? Ahli Farmasi Ini Kongsi 4 ‘Opsyen’ Lain Yang Korang Boleh Cuba

Untitled Design 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Panadol merupakan sebuah jenama ubat yang amat sinonim dengan kita, lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ini. Kegunaan utama Panadol yang termasuk dalam ubat jenis Paracetamol ini adalah untuk melegakan sakit kepala dan mengurangkan demam.


Baru-baru ini, seorang pembantu farmasi berkongsi antara jenama lain yang boleh menjadi alternatif kepada Panadol.

@ainulsyazwan99

Dengar cerita “Panadol” takde stock dekat semua kedai dan farmasi? Taktahu nak gantikan panadol dengan ubat apa? Jom tengok video ni❤️❤️ #fyp #panadol #budakmedicbuattiktok #panadolhabis #medicalstudent

♬ original sound – Ainul Syazwan179 – Ainul | CEO OF HEALTH

Paracil (500mg)

Paracil merupakan sejenis jenama lain bagi Paracetamol yang biasanya digunakan untuk rawatan demam. Ia juga memberikan kelegaan dari sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, sakit saraf, dan lain-lain yang disebabkan oleh demam.

Uphamol (500mg & 650mg)

Uphamol ini pula merupakan ubat yang mempunyai variasi dalam kandungan Paracetamol (500mg dan 600mg). Ia boleh digunakan untuk melegakan pelbagai jenis sakit kepala termasuk migrain dan sakit kepala jenis ketegangan.

Uphamol juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan akibat selesema dan boleh membantu untuk mengurangkan demam. Anda boleh memilih antara dua jenis  mengikut kesakitan anda.

Paracap (500mg)

Paracap adalah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam. Ia berfungsi dengan menghalang pembebasan bahan kimia tertentu yang menyebabkan kesakitan dan demam.

Paracap juga digunakan untuk melegakan kesakitan ringan dari sakit kepala, sakit gigi, selesema, selesema, sakit sendi, atau sakit ketika haid.

Kesemua jenis ubat diatas merupakan jenis ubat yang sama iaitu Paracetamol. Mungkin sedikit berbeza daripada segi kandungan acetaminophen, tetapi fungsinya sama iaitu untuk mengurangkan sakit dan demam.

Jika demam anda berlarutan, jangan lupa berjumpa dengan doktor ya!

Stay safe semua!

Baca: Pencinta Kucing Tolong JANGAN bagi Panadol Kat Kucing Korang! Ini Yang Berlaku Kalau Kucing Makan Panadol

Untitled Design 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.