in

Korban Duit Kahwin Untuk Kucing Sawan, Gadis Tak Peduli Walau Doktor Kata Peluang Tipis

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana terlalu sayangkan anak kucing yang telah dipelihara selama 2 bulan, seorang gadis sanggup membelanjakan duit kahwin yang dikumpul bersama bakal suami untuk merawat sakit sawan kucing itu.


Gadis yang dikenali sebagai Fatin ini memberitahu, dia berada dalam dilema apabila doktor memberitahu peluang untuk Bunbun (kucing) hidup adalah tipis meskipun dirawat, dan bil yang bakal dikenakan juga sangat tinggi.

“Sebab sayang, tu je. Kehulu kehilir duk bawak dia duk sayang dia selama ni. Time tu rasa mcm saya gagal jadi owner yang baik sampai dia sakit”, jelas Fatin.

1

2

Bersyukur ada duit simpanan kahwin

Ketika dihubungi Lobak Merah, Fatin memberitahu dia bersyukur pada ketika itu dia masih mempunyai duit simpanan kahwin yang boleh dibelanjakan untuk kos rawatan Bunbun.

Meskipun ramai yang menasihati Fatin untuk ‘menidurkan’ Bunbun kerana peluang hidup yang tipis dan kos rawatan yang tinggi, dia berasa berat hati kerana sudah menganggap Bunbun sebagai ahli keluarga.

“Bersyukur gila gila ada duit simpanan kahwin tu. Kalau takde mmg tak tahu lah mcm mana”

4

Dapat Bunbun dari Facebook

Jelas Fatin, dia mula memelihara Bunbun selepas ada seorang individu yang berkongsi hantaran di Facebook berkenaan anak kucing yang kehilangan mak.

Pada ketika itu, usia Bunbun baru sahaja mencecah seminggu. Namun pada suatu hari, badan Bunbun tiba-tiba kejung dan matanya tidak berkelip. Mujur ketika itu Fatin menemui sebuah hospital haiwan yang beroperasi selama 24 jam.

“Sepanjang dalam kereta keep nangis, bisik suruh dia kuat dah otw nak ke hospital. Sampai sana tu doktor terus bawak dia masuk ICU. Doktor ckp dia dah brain dead sbb takde reaction bila buat bunyi”

3

Doktor yang merawat Bunbun memberitahu, kucing itu berkemungkinan tersedak susu atau memang mempunyai masalah dalaman, membuatkan ibu kucing membuang Bunbun.

Bagaimanapun, Bunbun telah berjaya dirawat dan hidup sihat seperti kucing-kucing yang lain!

Bunbun kini sihat!

Selepas kejadian menyayat hati yang berlaku beberapa bulan lalu, Bunbun dan Fatin kini hidup bahagia seperti sebuah keluarga. Jelas Fatin, Bunbun kini berusia hampir 6 bulan dan tidak mengalami apa-apa sakit serius.

5

Dia bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat menggunakan wang simpanan kahwin untuk perbelanjaan kos rawatan Bunbun.

Jelas Fatin, pemilik kucing pasti akan membuat keputusan yang sama seperti yang dilakukannya untuk Bunbun.

Video penuh:

@fvtxn24

Simpan sini buat kenangan ☺️ #foryoupage

♬ bunyi asal – Dayana Atikah – Dayana Atikah

 

BACA[VIDEO] Demi Anak Yang Sakit Mata, Oyen Datang Ke Hospital & ‘Minta Tolong’ Doktor

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.