in

“Suhu politik yg semakin panas perlu diredakan” – Raja-Raja Melayu Sependapat, Tak Perlu Perintah Darurat Lepas 1 Ogos

Ft Rajamelayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas perbincangan khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah semalam, Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan negara diletakkan di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos akan datang.


Menurut Harian Metro, dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara itu, Raja-Raja Melayu turut berpendapat sebuah kerajaan yang stabil diperlukan selain mendapatkan keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.

Jumpa

Justeru, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Parlimen bersidang secepat mungkin dengan kaedah serta prosedur persidangan. Menurut baginda, perkara itu diamalkan beberapa negara dan terbukti berkesan dalam mengawal jangkitan Covid-19.

Turut dizahirkan bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.”

Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Program menangani wabak hendaklah difahami dan mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan keraguan, kaedah menangani wabak hendaklah bersifat inklusif.”

Suhu politik yang semakin panas perlu diredakan.”

Raja1

Raja-Raja Melayu turut ambil maklum beberapa perkara antaranya:

  • Negara hadapi angka jangkitan Covid-19 harian yang tinggi meski dalam pemerintahan darurat
  • Keadaan ekonomi membimbangkan
  • Suasana politik tidak stabil
  • Perpaduan rakyat semakin retak

Untuk itu, Raja-Raja Melayu berpendirian agar semua pihak menghormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin tadbir urus telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat, terutama dalam hal ehwal kewangan serta perbelanjaan negara.

Baca: Agong Setuju Bank Beri Moratorium Automatik Untuk B40 & M40 – Lim Guan Eng

Ft Limoratorium

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.