in

2 Tahun Gadai Barang Jualan Majikan, Staf Kedai Emas Akhirnya Ditangkap Lepas ‘Kantoi’ Ikat Emas Dekat Peha

Emas2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu kesilapan majikan terhadap pekerja yang dah terlalu lama berkhidmat dengan mereka adalah terlalu percaya sampai banyak perkara yang mungkin terlepas pandang sehinggakan berlakunya kes pecah amanah.



Bukan semualah tapi segelintir.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik kedai emas berumur 67 tahun dari Petaling Jaya ini apabila pekerjanya 42 tahun, yang dah berkhidmat dengannya hampir 18 tahun ini didapati mencuri barang-barang jualannya.

Kegiatan itu, dah berlaku sejak 2 tahun lepas tanpa disedari. Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal mengatakan majikan kerugian hampir RM 2 juta.

 

Dah ‘buat kerja’ sejak tahun 2019

Ewhhkzjuuaakh74

Kegiatan itu mula diketahui apabila polis Petaling Jaya menerima laporan pada 1 Mac lepas, sekitar jam 1.30 tengah hari oleh majikan.

Majikan tersebut menyatakan bahawa pada tarikh 18 Januari 2020, dia membuat pemeriksaan badan ke atas semua pekerja sebelum pulang ke rumah selepas menutup kedai.

Semasa pemeriksaan tersebut, pengadu mendapati salah seorang pekerja wanita iaitu pelaku telah mencuri seutas rantai leher emas dengan cara mangikat pada bahagian pahanya.

Selepas soal siasat pelaku, wanita berusia 42 tahun itu mengaku bahawa dia telah mencuri barangan kemas dari kedai tersebut sejak tahun 2019 sehingga Januari 2020. Setelah membuat semakan, pengadu mendapati anggaran nilai kerugian yang dialami adalah sebanyak RM 2 juta!

Berdasarkan maklumat ini, pada 1 Mac 2020 sekitar pukul 4.30 petang. Sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap suspek di sebuah rumah yang beralamat di kawasan Sg. Way, PJ.

Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis telah merampas 5 keping surat pajak gadai atas nama suspek. Hasil siasatan awal, suspek yang mula bekerja di kedai emas milik pengadu sejak tahun 1998 sampai 2004 pernah berhenti sekejap sebelum sambung kerja semula pada tahun 2009 hingga 2020.

Siasatan lanjut mendapati bahawa suspek telah menggadaikan semua barang kemas yang telah dicuri dari kedai pada tarikh 3 Mac 2021 lebih kurang jam 12 tengahari. Susulan itu, polis dari IPD Petaling Jaya dengan dipandu arah oleh suspek telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas 3 buah kedai pajak gadai yang terletak di kawasan Sg Way dan Seapark.

Susulan serbuan tersebut, polis telah menangkap 2 perempuan warga tempatan berumur dalam 27 tahun hingga 36 tahun dan juga seorang lelaki warga tempatan berumur 22 tahun yang merupakan pengurus kedai pajak gadai atas kesalahan membeli barang kemas hasil curi.

Polis turut merampas :

  • 4 utas rantai leher emas
  • 9 utas gelang tangan emas
  • 5 pasang subang emas
  • 2 bentuk loket emas
  • 6 keping resit atas nama suspek
  • 26 keping surat pajak gadai atas nama suspek
  • 2 ketulan emas yang telah dileburkan

Kesemua nilai rampasan ini bernilai lebih kurang RM 138,100.00)

Kes ini telah disiasat di bawah seksyen 381 Kanun Kesesakan atas kesalahan curi oleh orang gaji. Suspek telah dituduh di mahkamah Petaling Jaya pada 9 Mac 2021 di bawah seksyen 381 Kanun Keseksaan manakala tahanan dari pajak gadai itu dijadikan saksi pendakwaan.

 

Baca  : “Musim PKP memang ramai yang terdesak” – Kedai Emas Sajat Alami Kecurian, Lelaki Berkopiah Ni Kini Diburu!

Emas

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.