in

2 Pelajar Sekolah Menengah Di Klang Positif Covid-19

Smk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini, dua orang lagi pelajar dari sekolah menengah di Klang disahkan positif Covid-19. Ia disahkan  sendiri oleh Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman hari ini. Lapor The Star.


Katanya, dia telah memaklumkan hal ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu,  Pengarah pendidikan Selangor, Izmi Ismail mengatakan bahawa kedua-dua pelajar tersebut telah dikuarantin, dan pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan negeri telah mengunjungi sekolah tersebut.

Pihak sekolah juga telah sanitasi bilik darjah,” tambahnya.

877674

Sebelum ini, ada beberapa khabar angin tersebar menerusi  WhatsApp mengenai dua kes di SMK Pendamaran Jaya, pesanan itu menyatakan bahawa guru harus datang lebih awal untuk bersihkan bilik darjah.

Malah, dalam mesej itu juga dijelaskan bahawa tidak ada arahan dari jabatan pendidikan negeri mengenai perlunya mengosongkan sekolah, ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka tidak perlu menghantar mereka ke sekolah.

Guru juga diberitahu untuk menghalang pelajar dari pergi ke makmal komputer dan sains, serta premis bagi membataskan pergerakan.

Guru juga dinasihatkan untuk tidak membenarkan makan secara berkumpulan, meninggalkan kelas secara kumpulan atau pergi ke tandas secara berpasangan.

Walaubagaimanapun, tidak diketahui bagaimana kedua pelajar itu dijangkiti Covid-19. Ada juga  sumber mengatakan bahawa terdapat sebilangan besar orang-orang Sabah yang bersekolah di situ.

Pegawai dari Jabatan Kesihatan negeri juga dilihat memasuki kawasan sekolah sekitar tengah hari tadi.

 

Baca : “Elak pegi Sunway Pyramid guys” –  Pengurusan Sunway Pyramid Sahkan Seorang Staff Outlet Positif Covid-19

Sunwaypyramid

 

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.