fbpx
in

2 Lelaki Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati Lepas ‘Kantoi’ Cuba ‘Kaburi’ Polis Jual Dadah Dalam Teh Herba Cina

Dadah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa diri pintar, gunakan taktik sindiket dadah dengan berselindung dalam paket teh herba Cina tak menjadi selepas 2 lelaki ditahan dekat tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Bandar Mahkota Cheras, Isnin lalu.
Menurut Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, pihak polis telah berjaya rampas dadah yang dikatakan jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1.3 kilogram bernilai hampir RM500,000 hasil daripada tahanan itu.
Katanya lagi, bekalan dadah itu dikatakan diedarkan untuk pembeli-pembeli yang duduk di Lembah Klang.

“Mengambil kira penggunaan harian sebanyak lima gram, dadah itu boleh dibekalkan kepada 26,520 penagih.”

61618561261 Freesize

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat dan risikan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, kedua-dua suspek telah ditahan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di but kereta Proton Persona, kita menjumpai satu beg kanvas bercorak bunga yang berisi 13 bungkusan teh Cina tertulis Guanyinwang, mengandungi dadah dipercayai methamphetamine,” katanya.

Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa  kedua-dua suspek yang merupakan penganggur itu mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes jenayah.

61618561253 Freesize

“Kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 32 tahun itu kini ditahan reman enam hari sehingga 18 April,” katanya.

Siasatan ke atas mereka ujarnya, dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

 

Baca : Cendawan Dari Najis Lembu Kini Jadi Dadah Pilihan Di Kelab Malam – Bukit Aman


Bernama

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top