in

2 Laporan Imbasan CT Jasad Zara Qairina Akan Dihantar Ke Hospital Di Semenanjung Untuk Dibuat Perbandingan

Zara Qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan telah pun dibuat pada jasad arwah Zara Qairina sebelum prosedur bedah siasat pada hari selepas kubur arwah digali semula semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu yang juga merupakan pelajar tingkatan satu telah meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya pada bulan lalu.


Menurut Hamid Ismail iaitu peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, jasad mangsa telah menjalani proses CT scan sebanyak dua kali iaitu sebelum arwah dikebumikan dan selepas jasad arwah digali semula iaitu pada semalam, lapor Sinar Harian.

arwah zara qairina

Artikel berkaitan: Mahukan Keadilan Buat Adik Zara Qairina, Ribuan Peserta Sertai Himpunan Solidariti Di Sabah

Artikel berkaitan: Kubur Arwah Digali Semula, Jasad Zara Qairina Masih Berada Dalam Keadaan Utuh

Difahamkan, kedua-dua laporan CT scan itu dihantar kepada seorang pakar yang berkhidmat di hospital di Semenanjung untuk dianalisa agar perbandingan antara kedua-dua laporan CT scan itu dapat dibuat.

Dengan ini, secara sekali gus juga, pihak berkaitan dapat memastikan bahawa siasatan kes ini berjalan dengan telus.

Dalam masa yang sama, ketika melihat wajah anaknya untuk proses pengecaman sebelum prosedur bedah siasat dijalankan, ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat dilaporkan telah menitiskan air mata kerana sayu melihat wajah anaknya itu yang terbujur kaku.

Difahamkan, rakan pasukan peguam yang mewakili ibu arwah berada di dalam bilik bedah siasat Jabatan Forensik untuk menyaksikan prosedur berkenaan dijalankan oleh empat orang pakar perubatan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.