in

“Siapa yang pengotor sampai bawak benda ni dekat kerusi cinema!”

Page 5 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau minat tengok wayang, make sure baca ni!


Baru-baru ni, seorang penggunaPreview post Facebook, Pei En kongsikan satu insiden shocking yang jadi masa dia dekat dalam cinema. Katanya,

“Saya dan boyfriend pergi tengok wayang pada jam 10 malam. Tengah tengok wayang boyfriend saya rasa tak selesa sebab tiba-tiba kulit gatal-gatal dan asyik menggaru kat bahagian belakang badannya.”

Eh, dah kenapa ni?

 

Gatal-gatal sampai naik bengkak!

Pei En kata pada mulanya dorang tak ambil serius sebab ingatkan kena gigit nyamuk je. Tapi lepas tu dorang sedar yang tangan Pei En pun start gatal-gatal sampai bengkak jadinya!

B1 1
sumber: facebook

 

Terkejut ada mites

Pelik sebab rasa macam kena ‘serang’ pulak, boyfriend Pei En bukak flashlight dekat phone untuk check kerusi. Yelah takut jugak ada pape kan. Katanya,

“Sebab nak cari punca gatal-gatal, boyfriend saya terbalikkan kain kerusi tempat kami duduk.

Boyfriend saya nampak beberapa mites merayap dekat seat tu tapi tak sempat nak ambil gambar sebab benda tu gerak terlalu cepat dan sangat kecik.”

 

Dah lama ada masalah ni

Terkejut, dorang berdua cepat-cepat keluar dari cinema tu dan cari staf untuk membantu tapi takde apa yang dorang dapat tolong serta hanya melaporkan insiden tu untuk dapatkan refund.

B2 1
sumber: facebook

Staf situ juga bagitau bahawa hal dah berlaku selama beberapa bulan tapi takde tindakan yang diambil.”

“Geli betul dan kami sangat kecewa perkara ni jadi dekat kami. Tolong selesaikan hal ni sebelum terjadi lagi dekat customer yang lain.”

Ramai terkejut melihat entri Pei En dan tag rakan-rakan supaya berjaga-jaga serta memakai baju lengan panjang lepas ni. Ada juga yang kata,

“Siapa yang pengotor sampai bawak benda ni dekat kerusi cinema!”

Takut jugak jadi macam ni. Tak pasal-pasal tergaru-garu dalam cinema.

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Dee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.