in

11 Pasar Malam Berhampiran Lokasi PKPB Mukim Klang Ditutup

Untitled Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

11 pasar malam yang terletak berhampiran kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Mukim Klang diarah tutup buat sementara waktu.


Berita Harian dalam laporannya memaklumkan, 11 pasar malam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam itu membabitkan Seksyen 17, 25, 30, 31, 34, 36, U13 dan Setia Alam.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata — selain berada dalam kawasan PKPB, terdapat pasar malam yang bersempadan dan terlalu hampir dengan kawasan tersebut.

Justeru penutupan itu dibuat bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 dalam kalangan peniaga dan pembeli.

Bagaimanapun, beliau berkata penutupan itu hanya untuk tempoh waktu sepanjang PKPB sahaja.

Tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan barangan serta penamatan lesen akan diambil tanpa sebarang notis lanjut, sekiranya peniaga gagal mematuhi arahan ini dan MBSA tidak akan menanggung sebarang kos kerugian yang berkaitan.

 

Baca: 10 Jalan Ditutup, 5 Sekatan Jalan Raya Di Mukim Klang Berkuatkuasa Tengah Malam Tadi

Ft Klang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.