in

10 Jalan Ditutup, 5 Sekatan Jalan Raya Di Mukim Klang Berkuatkuasa Tengah Malam Tadi

Ft Klang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang diumumkan ke atas mukim Klang tempoh hari menyebabkan berlaku kekeliruan dalam kalangan penduduk di daerah itu.


Rata-rata penduduk menyangkakan seluruh daerah Klang akan terkesan dengan pengumuman itu, namun penguatkuasaan yang bermula malam tadi hanya membabitkan mukim Klang sahaja.

PKPB yang akan dijalankan sehingga 23 Oktober depan menyebabkan 10 jalan ditutup serta 5 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan. 

 

Capture 5 2

3 SJR dilaksanakan dan tujuh jalan ditutup di kawasan Klang Selatan termasuk kawasan Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas.

“SJR di kawasan Bukit Tinggi membabitkan Persiaran Pegaga (Berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (Berhadapan 99 Speedmart) 

“Jalan yang ditutup membabitkan Jalan Batu Unjur 9, jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn Bhd dan lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

“Bagi Taman Sri Andalas pula, SJR dilaksanakan di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail, manakala jalan yang ditutup adalah berhadapan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53,” – Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli

Berikutan penutupan jalan itu, Balai Polis Bergerak turut disediakan di Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan surat kebenaran dari polis sekiranya ingin keluar dan masuk ke kawasan itu lapor Berita Harian

Bagaimanapun menurutnya, surat kebenaran atau permit khas bagi kawasan lain di daerah Klang tidak diperlukan lagi setakat ini.

Bagi daerah Klang Utara, SJR dilaksanakan di Kampung Kuantan, manakala penutupan jalan dilaksanakan di Lorong Perak, Jalan Raksa 3.

So korang rancanglah perjalanan baik-baik bagi mengelakkan sebarang masalah nanti!

 

Baca : PKPB Bukan Di Daerah Klang, Tetapi Mukim Klang Ismail Sabri

Capture 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.