in

“1 dalam 5 orang akan ada masalah kelemumur” – Pakar Dermatologi Kongsi Cara Menangani Kelemumur

Ft Kelemumur

Masalah kelemumur sememangnya akan membuatkan mereka yang mengalami masalah tersebut kurang berkeyakinan dan rasa malu di khalayak ramai. 

Namun, masalah kelemumur ini tidaklah berjangkit dan sebenarnya ia adalah masalah ‘biasa’ di mana 1 daripada 5 orang dalam dunia ini mengalami masalah kelemumur terutamanya dalam kalangan kaum lelaki. 

Menurut Dr Jean Buhac, pakar dermatologi, simptom biasa bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur adalah kulit kepala akan berkeping-keping dan ia kadangkala boleh menyebabkan keradangan pada bahagian kulit kepala, kening, hidung dan dada.

Ladakh 3

Tambahnya lagi, ramai yang salah anggap bahawa penggunaan syampu secara berlebihan serta masalah kulit kering di atas kepala adalah penyebab kelemumur walhal sebenarnya mereka perlu melakukan perkara sebaliknya iaitu dengan kerap mencuci rambut untuk mengelakkan masalah kulit kepala berminyak yang merupakan unsur utama penyebab masalah kelemumur. 

Mereka yang mengalami masalah kelemumur dinasihatkan untuk membasuh rambut sekurang-kurangnya sekali setiap hari. 

Menurutnya, ada sesetengah bahan aktif yang  amat berkesan untuk merawat masalah kelemumur umpanya selenium sulfide. Salah satu produk syampu anti-kelemumur yang khas diformulasikan dengan selenium sulfide untuk mengatasi serta merawat kelemumur dangan cepat dan berkesan adalah syampu anti-kelemumur Selsun Blue.

398259118 798233058771700 3318787459708712912 N

Perlu diingatkan, walaupun masalah kelemumur ini bukanlah perkara yang serius, ia boleh menjadi teruk dan berpotensi untuk menyebabkan komplikasi yang lain seperti jangkitan kulat atau dermatitis seborrheic (keadaan kulit bersisik dan gatal) sekiranya tidak ditangani dan dibiarkan begitu sahaja. 

Salah satu penyebab berlakunya komplikasi ialah apabila kulit kepala digaru secara kasar dan menyebabkan luka. Bahagian kulit kepada yang luka mungkin terdedah pada jangkitan kulat, justeru akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. 

Untuk pengetahuan umum, fungsi syampu adalah untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan lebihan produk yang melekat pada kulit kepala. Ada beberapa faktor penyebab kelemumur iaitu : 

i) Kulat Malassezia :  Kulat ini merupakan penyebab utama masalah kelemumur pada rambut dan hidup di kulit kepala. Ia akan ‘memakan’ minyak yang dirembeskan oleh folikel rambut.

Apabila tidak terkawal, ia akan menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang berlebihan. Apabila sel-sel kulit tambahan ini mati dan gugur, ia bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala dan kemudiannya akan  membentuk kelemumur.

ii) Kulit kepala merengsa dan berminyak : Tidak dinafikan, cuaca panas dan lembab di Malaysia merupakan salah satu punca yang menyebabkan seseorang mengalami masalah kulit kepala berminyak, hal ini akan meningkatkan peluang untuk pembentukan kelemumur. 

Apabila kulit kepala berminyak, lebih mudah untuk seseorang itu mengalami masalah kelemumur.

iii) Penggunaan syampu yang salah : Penggunaan syampu yang salah bukan sahaja tidak akan merawat masalah, malah ia berkemungkinan menyebabkan keadaan kelemumur bertambah teruk. 

Perlu diingatkan, bahawa bukan semua syampu adalah sama dan ada syampu yang khas untuk rawatan kelemumur seperti Selsun Blue

Kelebihan Menggunakan Syampu Berubat Selsun Blue

Syampu Selsun Blue berupaya merawat kelemumur dengan berkesan dan cepat di samping membantu mengurangkan kadar kelemumur untuk terbentuk semula dengan memfokuskan kepada punca masalah kelemumur tersebut.

290522645 2905928713040782 905718982063194683 N

Ada 3 jenis syampu Anti-Kelemumur Selsun Blue yang khusus untuk merawat masalah kelemumur yang berbeza. Korang boleh pilih ‘kekuatan’ syampu tersebut mengikut keadaan kulit kepala masing-masing :

Selsun Blue Extra Strength Shampoo: Syampu anti-kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mempunyai menthol untuk sensasi yang menyejukkan. Sesuai untuk jenis kulit kepala yang gatal. 

Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo: Syampu anti-kelemumur dengan ekstrak aloe vera untuk memastikan rambut licin & lembap, sesuai dengan jenis rambut kering.

Selsun Blue 2-dalam-1: Syampu Anti-Kelemumur dan perapi 2-dalam-1,membersihkan dan merapikan rambut sekaligus dengan hyaluronic acid dan juga Vitamin B5. Sesuai untuk jenis rambut normal.

Bukan Untuk Digunakan Setiap Hari! 

Selsun Blue ni tidak digalakkan untuk penggunaan harian dan pastikan penggunaannya tidak melebihi 3 kali dalam seminggu.

Gunakan Selsun Blue dengan 3 langkah mudah:

  1. Selepas membasahkan rambut, syampu rambut dengan Selsun Blue.
  2. Biarkan selama 1-2 minit untuk Selenium Sulfide bekerja melawan kelemumur.
  3. Bilas

 Kalau korang ada masalah kelemumur ni, cuba gunakan Selsun Blue! Diorang janjikan kepala akan bebas dari kelemumur seawal 2 minggu tau! **Berdasarkan ujian klinikal

Sumber: Selsun Blue
Sumber: Selsun Blue