in

⁠”Bukan selalu tengok” – Hovercraft Milik Tentera AS Mendarat Di Terengganu Ketika Latihan Bersama ATM

4Hvcft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pernah main permainan video perang-perang, mesti korang biasa pandu secara virtual kenderaan yang diberi nama hovercraft. Sebuah kenderaan akuatik yang menggunakan kipas untuk bergerak itu bukan setakat boleh digunakan di atas air, tetapi turut boleh digerakkan di daratan.

Terkini, sebuah hovercraft milik Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mendarat di sebuah pantai di Terengganu dalam satu sesi latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Korang boleh tengok macam aksi hovercraft itu dari laut terus naik ke pantai dalam video @ismailafandi91 di bawah.


@ismailafandi91

Hovercraft in Terengganu

♬ original sound – SOCOM Athlete

 

Bukan selalu tengok

Rata-rata netizen teruja dengan kehadiran hovercraft ini yang mendarat di pesisiran pantai negeri Terengganu. Mana tidaknya, kenderaan ini bukan selalu kita dapat tengok. Paling-paling pun dalam filem luar negara atau permainan video bertema perang.

Screenshot 2024 06 08 At 4.09.56 PmBentuk dia memang aneh betul. Dah lah warna hitam, bunyi pun kuat. Kalau musuh nampak ni waktu malam memang lari terus lah.

Screenshot 2024 06 08 At 4.09.04 PmOh baru tahu nama LCAC tu. Kita rakyat biasa ni panggil hovercraft je. Tapi unik betul kan kenderaan ni, dekat air boleh bergerak, dekat darat pun boleh bergerak.

Screenshot 2024 06 08 At 4.10.12 PmItulah, bunyi kipas dia betul-betul kuat. Entah berapa lah speed dia untuk naik ke atas darat tu. Pantai tu berpasir tau, susah kenderaan biasa nak bergerak.

Screenshot 2024 06 08 At 4.09.45 PmKan… min pun teruja dapat tengok hovercraft dari dalam video ni. Tapi tak sangka pulak besar macam tu, bunyi kipas dia pun kuat betul ye.

 

Baca: “Kita ni penat2 cari duit” – Suami Kerja Kapal Kecewa, Isteri Bertunang Dengan Lelaki Lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.