in

Pelajar India Dipaksa Buka Coli Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

Bra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ada di antara kita pernah meniru sewaktu peperiksaan kan? Setiap kali sebelum masuk ke dewan, otak aktif je duk fikirkan cara untuk meniru. Tapi…tak semua macam tu okay. Ramai pelajar di Malaysia yang lulus dengan cemerlang hasil ulang kaji pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh.


Namun, di India, masalah meniru ketika peperiksaan sudah menjadi lazim sehinggakan sekolah perubatan terkemuka India telah memasang alat pengesan logam untuk mengelakkan pelajar meniru semasa peperiksaan.

I2
sumber: bbc
I
sumber: bbc

Mereka turut membuat artikel tentang senarai pakaian yang tidak dibenarkan untuk dipakai termasuk pakaian gelap, lengan panjang, lencana, keronsang, kasut tertutup serta sarung kaki. Namun, di dalam senarai itu coli tidak disenaraikan.

Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan bernasib malang apabila dipaksa membuka coli yang dipakainya selepas alat pengesan logam itu berbunyi beberapa minit sahaja sebelum bermulanya peperiksaan.

Menurut World of Buzz, kejadian berlaku pada hari Ahad ketika pelajar tersebut berada di Pusat Peperiksaan Kerala.

Pada waktu itu, mereka beritahu bahawa tanpa mengeluarkan pakaian dalam saya, saya tidak akan dapat masuk ke dewan peperiksaan kerana cangkuk pada coli tersebut diperbuat daripada logam. Jadi saya membuka coli saya sendiri di situ juga dan berikan kepada ibu saya yang sedang menunggu di luar,” katanya.

Pelajar yang tidak dapat dikenal pasti itu turut memberitahu bahawa dia serta merta hilang keyakinan diri apabila disuruh buka coli di hadapan semua orang. Memang lah, malu gila kottttt.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki turut memberitahu bahawa anak gadis mereka dipaksa buka butang seluar jeans kerana diperbuat daripada logam.

B2
sumber: ndtv
B1
sumber: ndtv

Pengetua sekolah tersebut, Jalaluddin K. menyatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu akan insiden sebegitu namun menegaskan bahawa ia adalah prosedur biasa.

Kami sudah menjelaskan bahawa jika alat pengesan itu berbunyi, tiada siapa yang dibenarkan masuk. Jika ia berbunyi, kami akan meminta peajar untuk membuka atau menanggalkan apa yang ada pada mereka,” katanya.

Malah, disebabkan kes meniru sudah menjadi satu kes biasa di India, ramai yang cuba memikirkan cara kreatif untuk lulus peperiksaan termasuklah memanjat dinding sekolah untuk mencuri kertas soalan.

C3
sumber: bbc

Kenapalah sampai macam tu sekali dia punya syarat. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.