Lelaki Setia Tunggu Tunang Yang Hilang Ingatan Selama 8 Tahun, Akhirnya Berkahwin

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap pasangan yang bertunang pasti mengimpikan hubungan yang dijalinkan berakhir di jinjang pelamin. Banyak kita dengar kisah pasangan bertunang yang memutuskan tali pertunangan kerana pasangan curang atau mendakwa mereka sudah tidak serasi bersama.

Pun begitu, berbeza dengan lelaki dari Jepun ini yang sanggup menunggu bertahun-tahun untuk berkahwin dengan tunangnya walau ditimpa pelbagai musibah. Inilah yang dilaporkan Nextshark apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hisashi Nishizawa setia disamping tunangnya, Mai Nakahara walaupun wanita itu telah hilang ingatan.

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Merancang untuk berkahwin pada awal tahun 2007, perancangan Hisashi dan Mai tergendala apabila Mai ditimpa tragedi besar yang mengubah nasib mereka. Tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan, Mai tiba-tiba hilang ingatan pada penghujung Disember dan mula mengeluarkan bunyi pelik menggunakan suaranya pada waktu malam.



Tidak dapat mengenal pasti keadaan Mai yang tiba-tiba hilang ingatan dan berperangai pelik, jabatan neurosugeri menempatkan wanita tersebut di hospital mental. Sewaktu di hospital, Mai koma selepas jantung dan paru-parunya berhenti berfungsi sementara. Mai kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Okayama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Nextshark

Kerana tidak mahu Hasashi terlalu berharap kepada kesembuhan wanita itu yang sudah lupa kewujudan lelaki tersebut, ibu bapa Mai meminta Hasashi meninggalkan anak mereka dan mencari wanita lain. Tanpa disangka-disangka, Hasashi sebaliknya tidak mengalah dan tetap mahu bersama tunangnya itu.

“Saya akan tunggu,” kata Hasashi kepada ibu bapa wanita tersebut.

Setelah beberapa bulan, doktor mendakwa bahawa Mai menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai Anti-NMDA receptor encephalitis. Penyakit ini boleh menyerang fungsi otak dan sangat jarang ditemui. Setelah menerima rawatan, Mai semakin pulih dan sudah mengenali ahli keluarganya. Pun begitu, Mai masih tidak mengenali Hasashi dan tertanya-tanya siapakan lelaki yang sentiasa berada disampingnya itu.

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Setelah melihat buku nota yang tertulis tarikh mereka merancang untuk berkahwin dan beberapa tarikh penting serta gambar mereka bersama, memori Mai tentang Hasashi akhirnya kembali.



“Saya melihat perkembangan Mai untuk sembuh setiap hari, walaupun sedikit demi sedikit, saya tak rasa seperti lapan tahun itu jangka masa yang lama pun,” kata Hasashi.

Setelah hampir lapan tahun menangguhkan perkahwinan mereka, Mai dan Hasashi akhirnya melangsungkan perkahwinan pada Jun 2014. Kisah percintaan dan perkahwinan mereka ternyata menyentuh hati ramai sehingga dijadikan filem pada tahun lalu.

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Waaahhh, setianya lelaki ni sanggup tunggu ingatan tunangnya kembali selama lapan tahun!

Tonton video perkahwinan mereka di sini:

Sumber: Youtube



Baca: Lelaki Putus Dengan Kekasih Kerana Bimbang Jadi Kudung Lepas Kemalangan, Namun Tanpa Disangka….

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.