in

Zul Ariffin Kongsi Trailer Drama Melayu, Siap Ada Babak Panas Persis Filem Dewasa

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon terkenal, Zul Ariffin tiba-tiba sahaja tular dan menjadi sebutan warganet apabila dia ada memuat naik satu sedutan babak panas lakonannya menerusi drama terbaru bertajuk Perempuan Itu.


Video tersebut dimuat naik oleh Zul Ariffin di laman Instagram miliknya. Meskipun durasi video tersebut pendek sahaja, namun terdapat beberapa babak panas dan menggairahkan lakonannya dan pelakon baru, Siti Hariesa yang kurang disenangi penonton.

4 1

2 3 1

Antara babak yang menjadi bualan warganet adalah aksi Zul Ariffin mendukung Siti Hariesa. Terdapat juga babak Siti Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke dalam mulut Zul Ariffin dengan gaya yang menggairahkan.

Trailer drama Perempuan Itu yang dimuat naik oleh Zul Ariffin ternyata menarik perhatian ramai. Rata-ratanya mempersoalkan bagaimana drama ini boleh dihasilkan meskipun mempunyai adegan yang kurang sopan dan tidak sesuai untuk penonton di Malaysia.

Ada juga warganet yang menyatakan rasa kecewa kerana video tersebut dimuat naik oleh Zul Ariffin pada hari Nisfu Syaaban, dan beberapa minggu sebelum Ramadan menjelang.

Selain itu, ada juga warganet yang menyamakan babak tersebut dengan filem Fifty Shades of Grey yang terkenal dengan babak kurang sopan dan menggairahkan.

“Dia ingat ni fifty shades of grey ke? Ya Allah malaysia apa nak jadi”, tulis seorang warganet.

Untuk rekod, hantaran video tersebut sudahpun dipadam di Instagram Zul Ariffin selepas menerima kritikan yang teruk.

BACA: Netizen Minta Buat Drama Pasal Tangmo, Shahrulezad Lebih Suka Pasal Altantuya Sebab…

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.