Zero Healthcare Sdn. Bhd. (Zero™ Healthcare) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) baru-baru ini telah merasmikan kerjasama mereka dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) sebagai Rakan Rasmi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
Kerjasama ini menandakan satu kemuncak penting dalam menyokong atlet Paralimpik Malaysia yang bersiap sedia untuk mewakili negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024, sambil bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan terhadap atlet Paralimpik Malaysia dalam kalangan orang ramai.
MOU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Tommy Tham, Pengarah Urusan Zero Healthcare Sdn. Bhd., dan Dato’ Sri Megat D. Shahriman Bin Dato’ Zaharudin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.
Zero™ Healthcare merupakan jenama Malaysia yang menumpukan pada bidang pemasaran dan peruncitan peralatan kesihatan dan kecergasan seperti mesin kerusi urut, pengurut elektronik, mesin larian, alatan gim dan sebagainya yang ditubuh semenjak tahun 2011.
Pada 2020, jenama Zero™ Healthcare mencapai prestasi jualan yang cemerlang dan dianugerahkan Malaysia Book of Records pada tahun tersebut dalam kategori ‘Rekod Tahunan Jualan Mesin Berlari Terlaris di Online‘.
Dalam masa yang sama Zero™ Healthcare bukan sahaja berkembang di Malaysia malah ke luar negara seperti Singapura, Brunei, Pakistan dan UAE dan sehingga Julai 2024, terdapat 54 buah cawangan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, acara baru-baru ini merupakan majlis rasmi menandatangani MOU yang menandakan kerjasama rasmi antara Zero™ Healthcare dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan juga sebagai menyambut penantian 50 hari menjelang sukan Paralimpik Paris 2024.
Untuk Sukan Paralimpik Paris 2024, seramai 27 orang atlet para bakal menyertai kejohanan tersebut dan Zero™ Healthcare menyokong atlet-atlet paralimpik Malaysia dengan menyediakan peralatan kesihatan untuk memberi dorongan kepada mereka semasa kempen Paralimpik Paris 2024.
Selain itu, Zero™ Healthcare menaja mesin kerusi urut model Majestic bernilai RM10,000 bagi setiap atlet sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa mereka yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.
Selain itu, pemenang pingat akan menerima ganjaran tunai daripada Zero™ Healthcare:
RM10,000.00 untuk pemenang pingat Emas, RM5,000.00 untuk pemenang pingat Perak, dan
RM3,000.00 untuk pemenang pingat Gangsa, bertujuan memberi dorongan kepada pemenang
pingat dan juga peserta lain.
Objektif perkongsian termasuk mengungkapkan terima kasih kepada para atlet atas dedikasi dan
ketabahan mereka dengan menyediakan sokongan menyeluruh. Untuk meningkatkan kesedaran
mengenai atlet Paralimpik Malaysia, Zero™ Healthcare melaksanakan promosi dan pengiklanan
yang luas.
Sebagai sebahagian daripada sokongan itu, Zero™ Healthcare juga menaja setiap atlet yang
mewakili Malaysia ke Paralimpik Paris 2024 dengan bantal leher urutan uCuddle dan alatan urut
PhysioPro, untuk memastikan mereka mencapai prestasi optimum semasa pertandingan.
Zero™ Healthcare juga akan memberi sumbangan dalam bentuk kewangan secara bulanan
kepada Majlis Paralimpik Malaysia sebagai sokongan kepada golongan kurang bernasib baik
agar mereka menjadi sebahagian daripada atlet berjaya pada masa hadapan.
Nilai tajaan penuh daripada Zero™ Healthcare adalah sebanyak RM501,960.00, yang diberikan sebagai pakej termasuk:
- Iklan-Iklan Untuk Menyokong Atlet Para Malaysia
• Ganjaran Pemenang Pingat
• Sumbangan Bulanan Kepada MPM
• Penajaan Produk Kepada Setiap Atlet
• Jelajah Promosi Dan Poster Sokongan Di Semua Cawangan Malaysia
• Dan Sebuah Video (Personal Story) Kepada Setiap Pemenang Pingat Emas.
Salah satu sumbangan yang ingin ketengahkan ialah penajaan kerusi urut (massage chair) kepada setiap atlet yang mewakili Malaysia kali ini. Lebih menarik, kerusi urut ini bukanlah hanya untuk atlet, malah ia juga bertujuan sebagai Isyarat terima kasih kepada ibu bapa serta warga keluarga atlet para yang telah memberi sokongan sepadu untuk mencapai prestasi sebagai wakil sukan paralimpik negara.
Tanpa kepercayaan dan keyakinan yang diberi oleh ibu bapa serata ahli sokongan, perjalanan atlet-atlet dalam usaha kejayaan adalah sangat mencabar. Zero™ Healthcare ingin mengucapkan yang terbaik buat kontinjen Malaysia dalam Sukan Paralimpik Paris 2024!