in

Zara Qairina Dikatakan Ada Konflik Dengan Ibu & Nenek – Bekas Ketua Warden

ft zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas ketua warden, Azhari Abdul Sagap, dipanggil semua untuk berikan keterangan di Mahkamah Koroner, Sabah hari ini. Dia mendedahkan cerita di sebalik tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendedakwa kononnya remaja itu mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.

Dia memaklumkan perkara itu ketika diminta oleh peguam Shahlan Jufri dengan menjelaskan lebih lanjut berhubung salah satu dokumen yang didedahkan dan ditandakan sebagai bahan eksibit.


Artikel berkaitan : Timbalan Menteri Agama Baharu, Marhamah Rosli Jawab Isu Kutipan Dana Zara Qairina

Artikel berkaitan : Inkues Zara Qairina: Zara Pernah Mengadu Kepada Ibunya Diejek Pelajar Senior

Screenshot 2026 01 22 183443

Saksi diminta untuk menceritakan apa yang sebelum dan selepas perbualan WhatsApp antara seorang guru warden dan ibu kepada salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes Zara Qairina, selepas ada tangkap layar perbualan tersebut dikongsikan kepadanya.

“Cikgu Dayang Hazirah ada cerita pada perjumpaan pagi 17 Julai itu, dia beritahu ibu pelajar A pernah chat dia, beritahu Zara yang cantik itu ada problem dengan ibu dan neneknya.”

“Lepas itu, pelajar A beritahu pernah satu minggu emaknya datang, dia buat tidak tahu saja dengan mak dia. Berjam dia tunggu, emak dia tunggu di bawah. Dia (Zara) di atas memaki hamun mak dan nenek dia.”

“Last-last, dia tidak tahan, mak dia naik dorm dan marah si Zara. Itu pada 12 Mac, masa itu awal lagi masih beberapa minggu mereka masuk (sekolah). Maksudnya ibu pelajar A ini tahu yang Zara memang ada konflik atau problem dengan ibunya.”

Di samping itu, Shahlan ada mendapatkan pengesahan daripada saksi bahawa mesyuarat yang dijalankan pada 17 Julai 2025 bukan sahaja membincangkan kronologi mengenai Zara Qairina, bahkan turut menyentuh dakwaan konflik antara remaja tersebut dengan ibunya bersertakan wujudnya gambar keratan diari.

Screenshot 2026 01 22 183539

“Mengenai chat ini, sewaktu di sekolah sebelum saya ke balai untuk bawa pelajar. Itulah masa itu (mesyuarat) dan Cikgu Dayang Hazirah juga warden.”

Sebelum itu, Shahlan menjelaskan tujuan soalan itu ditujukan adalah kerana isu tersebut baru timbul kepada mahkamah berikutan dengan keterangan saksi yang dipanggil semula pada Rabu, iaitu bekas pengetua, yang menyatakan bahawa mesyuarat berkenaan hanya membincangkan penyelarasan kronologi kejadian.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.