in

“Yusry suami paling beruntung” – Buku Catatan Lisa Surihani Untuk Mengerjakan Haji Jadi Buat Netizen Kagum

Ft Lisa Surihani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, pelakon Datin Hajah Lisa Surihani baru-baru ini telah mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Apa yang menarik perhatian ramai, tular satu hantaran daripada seorang mutawif iaitu Ustaz Dr Amirul Hassan yang berkongsi satu perkara menarik tentang kesungguhan Hajah Lisa Surihani dalam menunaikan ibadah haji.


Artikel berkaitan : “Jadi core memory sampai sekarang” – Lisa Surihani Dedah Pernah Dibuli Sebab Pelat ‘R’

Artikel berkaitan : “Istanbul Aku Datang Chapter 2?” – Lisa Surihani & Beto Kusyairy Buat Netizen ‘Throwback’

Persediaan ilmu & doa Hajah Lisa Surihani

Dalam video tersebut, dilihat Dr Amirul Hassan membelek satu persatu muka surat catatan buku tersebut dan yang menunjukkan lakaran peta minda dan koleksi doa-doa yang dikepilkan ke dalam buku tersebut.

Dalam video tersebut juga, Lisa menjelaskan bahawa dia mengumpulkan maklumat itu menerusi kuliah audio.

@dramirulhassan

Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia🇸🇦 #inspiration

♬ оригинальный звук – Ihlas Salih

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tertarik dan memuji Lisa Surihani, bahkan ada juga yang memohon agar Lisa Surihani menerbitkan buku tersebut agar ia boleh menjadi rujukan mereka jika ingin menunaikan ibadah haji.

Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa suami pelakon itu, Yusry Halim sangat bertuah mempunyai seorang isteri yang solehah seperti Lisa Surihani.

Lisa Lisa 2 Lisa 2 Lisa 3

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.