in

“Yuran dah lama tertunggak” – Pelajar Malaysia Di Mesir Cuba Minta Bantuan Dana Lebih RM100K Nak Lunaskan Yuran Tapi Netizen…

Feature Image Student 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kalau kita nampak dekat laman media sosial, ramai netizen yang menggunakan platform tersebut sebagai tempat untuk meminta bantuan dan pertolongan.


Kadang-kadang tu, ada juga netizen yang menipu hanya demi kepentingan diri sendiri, terutamanya perkara yang melibatkan wang ringgit.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai seorang pelajar bidang kedoktoran dari Universiti Zagazig , Mesir.

https://twitter.com/irfankhir/status/1210878513701621760?s=20

Pelajar berkenaan dikenali sebagai @irfankhir, telah memuat naik tweet dengan tujuan meminta dana untuk melunaskan bayaran yuran pengajian yang bernilai USD 36,000 atau RM148,122.00.

Tambahnya lagi, pihak universiti telah mendesak para pelajar yang belum melunaskan pembayaran yuran pengajian dan diberi tempoh sehingga awal Febuari 2020 dan bagi sesiapa sahaja yang tidak melunaskan pembayaran sebelum tarikh ditetapkan mereka akan dikenakan denda sebanyak 50% daripada jumlah tunggakan.

Pelajar ini juga ada memuat naik gambar surat penyata yuran daripada universiti dan juga surat sokongan daripada Education Malaysia in Egypt (EME).

Em3Nknoxsaezqos 1
Sumber: twitter

 

Em3Nlkoxkaaw8Eq 1
Sumber: twitter

Tapi, tindakan Irfan memuat naik tweet itu telah mengundang banyak persoalan dan juga kemarahan netizen di mana, mereka berpendapat pelajar itu perlu berusaha sendiri dan jangan mengharapkan bantuan orang lain semata-mata.

Anda sihat dan bukan OKU!

1 8
Sumber: twitter

 

2 10
Sumber: twitter

 

4 5
Sumber: twitter

Nak belajar, tapi orang lain tanggung?

5 2
Sumber: twitter

Ada juga netizen yang mempersoalkan kenapa dia tidak memohon bantuan biasiswa bagi meneruskan pengajiannya itu.

Penjelasan Irfan

Oleh kerana tweetnya itu menjadi tular dan hangat di perbualkan dekat laman Twitter, Irfan akhirnya telah membuat penjelasan mengenai soalan-soalan yang diajukan oleh netizen.

https://twitter.com/irfankhir/status/1211281893322305536?s=20

Dia turut menjelaskan bahawa, bukannya yuran itu tidak dibayar daripada tahun pertama, namun ia mula tidak dibayar sejak tahun ketiga akibat masalah kewangan daripada keuarga.

Saya ke mesir pada tahun 2012 dengan agensi. pada mulanya kami dimaklumkan selepas satu tahun pengajian di mesir, kami boleh mohon bantuan pinjaman/dermasiswa dari JPA, MARA, Yayasan dan zakat.”

Semasa di Mesir juga, Irfan ada mengatakan bahawa dia turut membuat kerja sambilan dengan menjual apam balik bagi menampung kehidupan sehariannya. Tambahnya lagi, jika hendak melakukan kerja sambilan yang lain, ia agak mustahil dan sukar kerana menurut undang-undang negara itu ia diharamkan.

https://twitter.com/irfankhir/status/1211281975736229888?s=20

Begitulah penjelasan daripada pemuda ini dan mengikut update dana yang sudah diperolehinya, sehingga kini dia telah berjaya mengumpulkan RM 12567.00 hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Bagi admin, tak salah untuk korang bertanya dekat dia untuk merungkai kemusykilan, tapi kalau boleh jangan lah sampai mengkeji atau menghina. Kalau nak derma, boleh teruskan, kalau tak nak menderma, pun jangan lah sampai menghina.

 

Baca: “Kenapa perlu mengemis di Twitter?” – Kawan Patahkan Laptop Secara Tak Sengaja, Pelajar Ni Kena Kecam Sebab Minta Derma Kat Netizen

Bd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.