Selepas gambarnya menyambut hari jadi di pantai Sepang tular, YB Ketari, Young Syefura (Rara) telah mendapat kritikan hebat dari netizen lebih-lebih lagi selepas YB ini agak lantang bersuara ketika kes Khairuddin Takiri melanggar kuarantin hangat diperkatakan.
Ekoran ini, Rara telah pun mengeluarkan permohonan maaf di Twitter peribadinya dan menafikan dia menggunakan kuasanya sebagai wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor.
https://www.instagram.com/p/CHXwH04Aes-/
Tak cukup dengan itu, Rara juga telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang malam tadi selepas dua laporan polis telah dibuat terhadapnya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
https://www.instagram.com/p/CHalHz2g-0y/
Sebentar tadi, Rara telah memuatnaik tweet mengatakan yang dia bakal membuat pengumuman selepas sidang dewan DUN Pahang yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16 November ini.
Saya akan membuat satu pengumuman selepas sidang dewan DUN Pahang yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16hb November ini. Terima kasih.
— Rara (@ysyefura) November 11, 2020
Susulan dari tweet ini juga, Rara telah memberikan hint seperti pengumuman yang bakal dibuatnya itu adalah atas permintaan ramai.
You asked for it, you got it.”
Disebabkan ini, ramai netizen telah membuat spekulasi yang pengumuman bakal dibuat itu adalah pengumuman perletakan jawatan.
Baca: “Saya kesal dan menyesal” – Isu Langgar SOP, Young Syefura Harap Siasatan Adil Walaupun Bergelar ‘YB’