in

“You ada bini anak mau jaga” – [VIDEO] Lelaki Beri Makanan Pada Gelandangan, Cara Menjawabnya Prihatin Jentik Hati Netizen

Fi Gelandangan Baik Hati E1651891099461

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak musim pandemik ni, nyata memang ramai pihak yang kehilangan sumber pendapatan dan memerlukan bantuan tak kira dari segi jenis makanan, pakaian, keperluan harian dan macam-macam lagi.


Tidak ketinggalan juga, golongan gelandangan yang semestinya banyak pihak ingin membantu mereka kerana berasa kasihan yang terpaksa ‘tidur’ di merata tempat. Namun sikap gelandangan dalam kisah kali ini, patut dipuji dan sangat menyentuh hati bagi sesiapa melihat.

 

Orang bagi makanan, dia tanya khabar

Secara kebiasaannya, bila kita memberikan sesuatu benda mesti kita juga yang akan bertanya khabar seseorang tu kan?

Walau bagaimanapun lain pula dengan kisah dikongsi oleh @shanas, di mana gelandangan itu pula yang bertanyakan khabar kepadanya.

Menerusi video yang dimuat naik, terlihat seorang gelandangan ini datang kepada Shanas apabila dia ingin memberi makanan dan air kepadanya. Sewaktu dia tiba, dia bukannya terus terima kasih tapi sempat lagi bertanyakan khabar Shanas.

Paling menyentuh perasaan, dia menanyakan sama ada keluarga Shanas dalam keadaan baik dan diberi makan yang cukup tak. Hal ini sebab dia rasa sebersalah, kerana Shanas perlu lebih utamakan keluarganya berbanding berikan makanan kepadanya. Orang nak tolong dia, dia tanya khabar memang baik betul.

“You ada bini anak mau jaga, cukup ka?” tanya gelandangan itu.

@shanas89

#Perasaan paling sya terasa bila seseorang berkata begini walaupun sya blom ada apa yg dikatakan tapi sya tetap ikhlas kongsi kan untuk dia? ?

♬ bunyi asal – shanas – shanas

 

“Sya dpt rasakan yg dia belum mkn”

Menurut Shanas lagi, sebenarnya dia dah bagi sedikit wang kepada lelaki berkenaan ketika melihatnya.

Akan tetapi, firasat Shanas merasakan yang lelaki tersebut belum lagi makan dan nyata sikap ambil berat itu buat dia mula sebak.

Gelandangan Baik Hati 1

 

“Dlam susah dia, dia fikir kesusahan orang takut menyusah kan”

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, nyata tindakan lelaki itu menyentuh perasaan ramai netizen. Rata-rata menyifatkan bahawa dia seorang yang baik hati dan tak sanggup nak menyusahkan orang lain.

Reak Gelandangan Baik Hati 1 Edit Reak Gelandangan Baik Hati 2 Edit Reak Gelandangan Baik Hati 3 Edit Reak Gelandangan Baik Hati 4 Edit

Dia susah pun dia masih ada sifat baik hati. Siapa potong bawang ni?!

 

Baca : [VIDEO] Sebak! Lepas Bertahun Disangka ‘Meninggal Dunia’, Gelandangan Jumpa Semula Dengan Ahli Keluarga

Foot Gelandangan Baik Hati

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.