in

“Yang menyanyi pun sporting je” – Pelajar Sekolah Tiru Rancangan ‘The Voice’ Tapi Versi ‘Low’ Bajet

Feature Image The Voice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu masa zaman sekolah, siapa pernah duduk asrama? Kalau pernah duduk asrama mesti tahu kan suasana dia macam mana? Kadang-kadang tu ada je idea pelik dan tak masuk akal yang nak di buat dengan members.


Baru-baru ni, tular video dekat laman Twitter mengenai sekumpulan pelajar sekolah yang meniru aksi sebuah program realiti The Voice tapi low bajet.

Video tersebut bermula dengan seorang pelajar yang kononnya menjadi pengacara program dan menjemput seorang peserta bagi menyanyi sambil dibelakangkan oleh empat orang juri. Sama macam The Voice.

Pelajar yang menjadi peserta itu menyanyikan lagu raya bertajuk Hari Raya yang di popularkan oleh iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin, dan Mimie Haris.

Namun apa yang lebih menarik adalah dimana apabila satu persatu juri memusingkan tempat duduk mereka menandakan bahawa mereka ingin penyanyi tersebut. Fuh betul sebijik!

https://twitter.com/zakiazat10/status/1207555051754942464?s=20

Netizen yang menonton telatah mereka ini juga dapat menyangka bahawa mereka sedang melakonkan babak dalam rancangan The Voice.

Hadiad
Sumber: twitter

Macam-macam la idea budak sekarang ni. Kreatif betul. Tak apalah nak bergurau macam tu, jangan membuli sampai pukul anak orang sudah lah ye.

 

Baca: “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Eqwafgsbn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.