Perkongsian terbaru pelakon muda, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish di laman Instagram miliknya menerusi akaun @morosechild telah menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik satu hantaran ringkas tapi cukup mendalam dengan perkataan “FRUSTRATED“.
Menerusi kapsyen hantaran tersebut, Aqish menitipkan pesanan buat penyokong setianya dan juga mereka yang mungkin melalui fasa kehidupan yang sukar seperti dirinya.
Artikel berkaitan: “Tak elok langsung cara dorang tu” – Hantaran Daler Yusof Isu Puteri Balqis Terima Kecaman Netizen?
Artikel berkaitan: “Yang kaki club bukan mak aku, yang kaki botol bukan mak aku. Itu kau. 100% kau”- Puteri Balqis
View this post on Instagram
Aqish berpesan supaya mangsa buli di luar sana tidak mudah menyerah kalah dan jangan sesekali membiarkan diri menjadi ‘kambing hitam’ kepada keadaan.
“Jika kalian dibuli seperti Aqish dan ibu, lawan. Jangan mudah dijadikan kambing hitam,” tulisnya.
Paling menyedihkan adalah coretan di akhir kapsyen tersebut di mana Aqish seolah-olah menggambarkan realiti pahit yang dialami oleh mangsa buli. Menurutnya, mangsa sering kali dibiarkan menanggung derita sendirian manakala pembuli pula seolah-olah tidak merasa bersalah.
“Yang dibuli kekal menderita. Si pembuli riang ketawa,” luahnya.
Rata-rata netizen serta rakan artis di ruangan komen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Aqish terus kuat mengharungi apa jua cabaran yang melanda.

Sumber: Instagram
