in

“Ya udah gue cium” – Wanita Kongsi Gambar Jumpa Najis Kering Masa Tengok Seluar Dekat Bundle

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk peminat-peminat barang vintage, “menyelam” dekat bundle memang menyeronokkan. Lagi-lagi bila dapat barang yang rare. Tapi rupanya, beli barang di bundle ni ada juga risikonya…


Baru-baru ini, seorang wanita dari Indonesia kongsikan pengalaman di Twitter yang berlaku semasa dia mencari barang di bundle.

Ecoxdyqu4Aeaxmf

Menurut wanita ini, dia sedang tengok-tengok seluar sebelum mata dia tertarik kepada satu seluar jeans ni. Bila dia ambil, dia ternampak satu kesan kotoran berwarna coklat.

Untuk mendapatkan kepastian, wanita ini bertanya kepada rakannya…

“Bro, yang kotor ni tahi kan?”

Kawannya kemudian menjawab tak tahu dan mungkin secara berseloroh meminta wanita ini bau untuk dapatkan kepastian.

Tanpa berfikir panjang, wanita ini telah mencium kotoran tersebut dan ternyata ia memang tahi yang telah keringYuckssss

Tengok baju bundle memang menyeronokkan sampailah korang jumpa tahi kering.”

Netizen yang melihat posting wanita ini turut tergelak dan ada juga yang menyumpah kerana sepatutnya bila dah tahu seluar tu nak bagi orang atau nak jual pada orang, at least bersihkanlah dulu.

Tapi masalahnya, kenapa dia pergi bau? Aduhhhh, lepas ni kalau korang pergi bundle tu make sure hati-hatilah ya?

 

Baca: Tahi Tersembur Satu Rumah Lepas Tangki Septik Meletup Gara-gara Lelaki Ni Hisap Rokok Dalam Toilet?!

Screenshot 2020 07 07 At 4.08.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.