Bila kali terakhir momen korang dengan sepupu balik kampung tidur bersama-sama di rumah nenek?
Mesti ada yang sudah bertahun-tahun tidak merasai momen seperti itu lagi disebabkan umur sudah meningkat dewasa dan masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Disebabkan itu, seorang pengguna TikTok mengambil inisiatif bersama sepupunya yang lain untuk membuat kejutan kepada nenek mereka.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Anak Perantauan 3 Tahun Tak Balik, Menyamar Jadi Rider Buat Kejutan Sampai Ibu Menangis
Artikel berkaitan: “Atok dari syurga” – Datuk Ubah Suai Kerusi Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan
Menerusi video yang dimuat naik Syedsyafique, dia yang merupakan cucu sulung telah bersepakat dengan sepupunya untuk pulang ke kampung halaman yang terletak di Teluk Intan, Perak untuk berjumpa dengan nenek mereka itu.
“Assalamualaikum guys, hari ni sangat istimewa. Lama sebenarnya tak balik ke kampung ni, dah hampir setahun, so hari ni kami semua cucu-cucu, semua cucu opah Syafique di Teluk Intan ni, kita akan buat surprise, balik ke rumah opah,” katanya.
Dalam video itu, neneknya yang dipanggil sebagai opah pada mulanya hanya mengetahui tiga orang cucu sahaja yang pulang menziarahinya.
Namun, warga emas itu terkejut apabila seorang demi seorang cucunya memberi salam dan masuk ke rumah.
@syedsyafique HARGAI MEREKA SELAGI ADA! Selama Syafiq di Saudi, agak lama tidak bertemu opah syafiq, masing-masing dah besar dan bekerjaya, jadi kami berpakat semua cucu-cucu opah untuk buat kejutan. Sahabat semua, kata-kata “aku rindu” , “aku sayang” , dgn hanya kata-kata tidak cukup & tidak sama dengan kita zahirnya fizikal kita bersama insan yang kita sayang. Kehadiran kita face to face itu lebih bermakna buat mereka. Rindu mereka pada kita amatlah mendalam. Jadi, tinggalkan seketika kerja kita, turunkan ego kita yang melangit itu, lupakan seketika pangkat atau popular macam mana pun kita, INGAT KEMBALI ASAL KITA , SIAPA YANG PERNAH ADA DENGAN KITA masa kita mula-mula bertatih dahulu. Bahagiakan mereka, hargai mereka yang hari-hari fikir untuk memudahkan urusan kita, tatang kita dengan penuh kasih sayang, mereka korbankan segalanya untuk apa yang kita ada sekarang ini. Pandang balik diri kita. Ingatlah muka-muka insan yang SENTIASA MENYAYANGI KITA. Selagi mereka ada di muka bumi ini, hargai dan sayangi mereka, bila dah tiada depan mata, masa tak boleh diputar kembali, kalau rindu pun, tiada gunanya. Nak rezeki luas? Ini salah satu caranya. MEMBAHAGIAKAN orang lain. Renungkan lah.
Opah sebak sambut kehadiran cucu
Lebih mengundang sebak apabila opah menunjukkan reaksi terkejut dan menangis kegembiraan kerana sudah lama tidak bertemu dengan cucu sulungnya.
“Ya Allah banyak cucu aku, Alhamdulillah syukur pada Allah,” kata neneknya di video berkenaan.
Selain datang melawat nenek mereka, Syafique bersama yang lain turut membawa hidangan masing-masing untuk dimakan bersama serta bermalam di rumah berkenaan.
Malah, mereka turut membawa nenek menziarahi pusara datuk dan membersihkannya bersama sebelum membawanya untuk makan malam bersama di luar.
Menerusi ruangan kapsyen video, Syafique turut menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya mencari masa untuk menziarahi orang tua kita.
Terharu min tengok bonding mereka…
Sumber: TikTok