in

Wow! Teknologi Elon Musk Bakal Bantu Mangsa Gua di Thailand

Page Gua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seluruh dunia dah digemparkan dengan berita mengenai 12 pemain pasukan skuad junior bola sepak Thailand yang terperangkap di dalam gua bersama-sama dengan jurulatih mereka sejak 23 Jun yang lalu.


Buat masa ini, hanya empat orang yang disahkan telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat, namun, selebihnya masih menunggu giliran untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Y4
sumber: sinar harian

Menurut Astro Awani, kini sebuah ‘kapal selam’ mini telah siap diuji dan sedia dihantar dalam masa 17 jam ke Thailand bagi menyelamatkan mangsa selebihnya yang terperangkap di dalam gua tersebut.

Y1
sumber: twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan Space X, Elon Musk membawa harapan baru apabila beliau menawarkan bantuan kepakaran jurutera daripada dua syarikat miliknya, Space X dan The Boring Company bagi membantu Kerajaan Thailand.

61531016383 Elonmusk
Sumber: astro awani

Musk bersama juruteranya telah tampil bagi merealisasikan idea yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan menyelamatkan kesemua mangsa terperangkap di dalam gua yang masih belum berjaya diselamatkan.

Y5
sumber: twitter

Musk telah pun berkongsi video ‘kapal selam’ kecil yang diuji di dalam kolam di Los Angeles serta turut diuji untuk melalui kawasan yang sempit mengikut keperluannya dalam misi menyelamat mangsa di laluan mencabar di gua berkenaan.

‘Kapal selam’ mini itu dibina menggunakan bahagian-bahagian daripada teknologi angkasa lepas. Tiub tersebut mempunyai diameter sepanjang 31cm dengan berat ketika kering lebih kurang 40kg.

“Dengan berat ini, ia mudah untuk dibawa di kawasan separa berair dalam gua berkenaan.”

“Kami juga berjaya membuat rekaan yang tepat agar tidak menyebabkan laluan pada gua berkenaan tersumbat.”

Lakaran kapal selam itu turut dishare sebagai gambaran kegunaannya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut. Hebat!

Y2
sumber: twitter

Fuhh, nasib baik ramai yang tampil dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut. Harap-harap dengan kapal selam mini ni, mereka yang terperangkap akan berjaya dikeluarkan dari dalam gua tu.

Baca: 12 Pemain Bola Sepak Thailand Terperangkap Dalam Gua Selama 9 Hari. Ini Yang Berlaku…

Budak Hilang 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.