in ,

WOW! Tak Sangka Juadah-juadah Raya Indonesia Ni Sama Dengan Kita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan kita berasal dari rumpun yang sama, negara Indonesia mempunyai juadah hari raya yang lebih kurang sama dengan kita.


Jadi, kami senaraikan beberapa hidangan perayaan Aidilfitri yang dipanggil Idul Fitri di Indonesia yang sama dengan menu raya kita.

#1 Ketupat

Lepas balik je solat raya Aidilfitri di masjid, orang Indonesia juga akan menikmati ketupat atau juga disebut kupat bersama keluarga. Menu ini juga menjadi hidangan raya yang wajib ada di setiap rumah di Indonesia setiap kali lebaran. Menu ini juga dihidangkan bersama opor ayam (seakan kuah lemak).

#2 Rendang

Rendang juga menjadi menu wajib warga Indonesia. Macam kita jugak, dorang akan menikmati rendang bersama ketupat. Fuh, kecur pulak air liur admin.

Antara jenis-jenis rendang yang terkenal di sana ialah rendang daging sapi (daging lembu), rendang daging ayam, rendang daging kambing, rendang jamur (cendawan), rendang paru dan rendang bebek (itik).

Malah, rendang berasal dari etnik Minangkabau di Sumatera Barat yang kemudiannya telah tersebar sehingga ke negara jiran di Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Namun, resepi asal rendang ni juga telah diubah mengikut citarasa masyarakat setempat.

#3 Lemang

Hidangan unik yang dimasak dalam buluh ini bukan je terkenal di Malaysia sebab orang Indo pun ada lemang tau. Disebabkan proses memasak lemang secara tradisional memakan masa yang lama, di Indonesia, mereka menganggap kegiatan masak lemang boleh merapatkan hubungan.

Lemang juga menjadi pengganti ketupat yang dimakan bersama opor ayam (seakan kuah lemak).

#4 Lodeh

Kalau di Malaysia, menu lodeh terkenal dalam kalangan masyarakat di selatan Semenanjung terutamanya di Negeri Sembilan. Namun, jangan terkejut kalau di negara jiran pun ada sayur lodeh sebabnya makanan ini dikatakan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Di sana, hidangan sayur-sayuran campur dalam kuah santan pekat ini dinikmati dengan hirisan telur dan keropok yang berwarna-warni.

#5 Kue bolu (bahulu)

Selain makanan berat, tidak dilupakan juga kuih-kuih yang menjadi santapan penting ketika hari raya di negara jiran. Menurut Kompas.com, bahulu pula dikenali sebagai kue bolu di Indonesia. Nama pun lebih kurang sama je kan. 

Yang lainnya, kue bolu Indonesia dibuat dalam loyang yang besar manakala bahulu kita dibuat dalam acuan yang kecil. Selain itu, nastar atau nanas tart (tart nanas) dan kuih kembang loyang (kuih loyang) juga merupakan antara kuih yang selalu disediakan ketika hari raya di sana.

So, banyak jugak makanan kita yang sama, cuma nama je yang lain sikit.

 

Baca: 6 Menu Yang Mesti ‘Laris’ Dimakan Tetamu Kalau Plan Nak Buat Open House Tahun Ni

Sumber: Zona Makan
Sumber: Zona Makan
Sumber: Zona Makan
Sumber: Zona Makan
Sumber: Brilio.Net
Sumber: Traveloka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.