in

Wow! Peraturan EPL Baharu, Batuk Dengan Sengaja Boleh Dikenakan Kad Merah?!

Gambar Hiasan 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak pandemik Covid-19 membuatkan seluruh dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan syarat norma baharu demi memutuskan rantaian wabak itu dari terus menular. Namun peraturan baharu yang bakal berkuatkuasa ini sangat pelik dan janggal.


Jika sebelum ini peraturan perlawanan Liga Perdana Inggeris terpaksa diadakan di dalam stadium kosong, tanpa VAR dan dengan 5 pemain gantian. Namun kini mereka sedang mempertimbangkan  untuk menambah peraturan baru untuk 2020-21 iaitu pemain yang sengaja batuk pada pihak lawan akan dihukum dengan kad merah .

Ap20189753918666

Menurut sumber, penganjur ingin memastikan bahawa pemain tidak hanya melindungi diri mereka sendiri, tetapi juga turut melindungi pihak lawan mereka. Pada masa kini, batuk sangat senang untuk mempengaruhi kesihatan seseorang secara serius dan mereka tidak mahu batuk digunakan sebagai ‘senjata’.

Sekiranya ini berlaku dan pemain sengaja batuk pada orang lain, mereka bukan hanya mendapat kad merah, malah mereka turut akan dibawa ke pihak polis untuk disoal siasat. Pihak Liga Perdana Inggeris memandang serius tentang hal ini dan Covid-19 bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Baca: Kenapa tak guna teddy bear, kan lagi comel –  Kelab Bola Sepak Seoul Gunakan Patung Seks Sebagai Penonton Di Stadium?

Az

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.