in

WHO Luluskan Dua Rawatan Baru Cegah Covid-19

Ubat Covid 2

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) difahamkan baru-baru ini telah bersetuju untuk meluluskan dua lagi rawatan baharu untuk Covid-19 bagi mencegah penyakit teruk dan kematian pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Dua rawatan tersebut telah disiarkan oleh British Medical Journal (BMJ) dan sudah tentu ianya berita yang sangat menggembirakan tatkala kes Omicron semakin meningkat di hospital seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, WHO turut menjangkakan gara-gara varian tersebut, separuh rakyat di Eropah akan dijangkiti wabak berkenaan pada bulan Mac nanti.

3009036 314412380

Rawatan yang baharu tersebut difahamkan ialah penggunaan ubat artritis baricetinib yang akan digunakan bersama kortikosteroid dan ianya difahamkan bakal digunakan untuk merawat pesakit yang kritikal.

Penggunaan kaedah rawatan ini menurut WHO akan memberikan kadar kelangsungan hidup yang lebih baik selain mengurangkan juga keperluan penggunaan ventilator.

Ubat Covid

Bagi rawatan kedua yang diluluskan, pihak WHO mengesyorkan rawatan antibodi sintetik Sotrovimab bagi jangkitan atau pesakit yang tidak serius selain mereka yang tidak berisiko tinggi di hospital. Ini termasuklah golongan tua, individu yang mempunyai kekurangan imun atau mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Sehingga kini, terdapat hanya 3 rawatan untuk Covid-19 yang mendapat persetujuan WHO sejak September, iaitu kortikosteroid, ubat artitis tocilizumab dan juga sarilumab.

Baca : “Pemeriksaan Suhu Badan Sebagai SOP Covid-19 Tidak Lagi Relevan” – Pakar

Page 10

Sumber: Arab News
Sumber: UN News