Anak merupakan kurniaan Allah yang paling berharga. Namun tak semua dianugerahkan dengan ‘permata berharga’ ini meskipun telah melayari bahtera perkahwinan bertahun-tahun lamanya.
Sebab itu anak yang dilahirkan ke dunia, perlu dijaga sebaik-baiknya supaya menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.
Mayat bayi dalam beg di tengah sungai
Namun apa yang berlaku di Terengganu ini adalah sebaliknya apabila seorang mayat bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di Jeti Sungai Beris Tok Ku, Permaisuri semalam.
Lebih menyedihkan bayi tersebut ditemui di dalam sebuah beg galas di tengah-tengah sungai..Melampau betul!
Namun syukur alhamdulillah apabila beg tersebut ditemui oleh nelayan kira-kira pukul 4 petang sebelum diselamatkan dan dibawa naik ke daratan.
Menurut sumber di facebook, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, ketika itu nelayan tersebut sedang mencari bubu sebelum ternampak beg galas timbul di tengah sungai.
“Dia kemudian mengambil beg galas itu lalu meletakkannya di atas perahu sebelum rakannya bertindak membuka beg galas.
“Sebaik dibuka, mereka terkejut dengan penemuan mayat bayi itu sebelum segera ke jeti dan menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, mayat bayi lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Pada masa sama dia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Macam-macam eh sekarang ni, kalau tak nak anak pun bagilah pada mereka yang nak atau hantar ke JKM. Tak perlu nak dibunuh bayi tak berdosa tu!