Berkongsi mengenai kehidupan harian kita di media sosial itu satu perkara normal, tapi apabila semua aspek didedahkan, netizen anggap ia adalah satu perkara bahaya terutamanya dalam kalangan wanita.
Satu perkongsian daripada TikTok dan viral di Twitter menunjukkan seorang wanita memaparkan kehidupan hariannya tinggal berseorangan di rumah. Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai kerana mengundang rasa bahaya berlaku sesuatu tak diingini.
“Tak bahaya ke expose macam ni?” – Netizen
Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets di Twitter, bagaimanapun video tersebut telah pun dipadamkan.
Walau bagaimanapun, masih ramai netizen yang memberikan respon kerana bimbang ia menjadi ancaman mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, ada juga menyatakan bahawa kehidupan duduk berseorangan bukanlah sesuatu perkara yang indah, kerana ada yang mengalami kemurungan dan kesunyian.
Malah ada juga menyifatkan bahawa individu tersebut terlalu tunjuk tempat yang mudah untuk orang cam lokasinya berbanding content lebih kurang sama di Jepun dan Korea Selatan di mana mereka tidak dedahkan bahagian luar rumah mereka, hanya aktiviti di dalam rumah dan tidak juga tunjuk rupa penuh mereka.
Apa yang lebih membimbangkan lagi, ada netizen yang mula dapat kenal pasti reka bentuk dalaman dan susun atur lokasi rumah tersebut.
Harap pemilik video itu berhati-hatilah dalam membuat perkongsian kerana bimbang menjadi target mereka yang mempunyai niat yang buruk.
Baca : Jaja Cerita Konon Kerja Keras Tayang Duit Di TikTok, Lelaki Ditangkap Sebab Kantoi Merompak