in

Warga Malaysia Didakwa Dipecat & Ditahan Gara-gara Komen ‘Sisi Gelap’ Arab Saudi

warga malaysia ditahan di arab saudi

Seorang warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dipercayai telah ditahan sejak semalam oleh penguatkuasa di sana gara-gara memuat naik hantaran di media sosial yang didakwa berbaur fitnah mengenai negara tersebut.

Perkhabaran itu dinyatakan oleh seorang pengguna laman X yang memohon bantuan kerajaan untuk campur tangan mengenai penahanan individu terbabit.

Menerusi semakan di media sosial tersebut, individu itu mendedahkan beberapa perkara mengenai ‘sisi gelap’ negara terbabit.

Artikel berkaitan: Lagi Binaan ‘Gila’ Oleh Arab Saudi, Kiub Gergasi Emas Bakal Jadi Binaan Terbesar Dunia

Artikel berkaitan: “Tanda akhir zaman” – Ustazah Asma’ Harun Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween Besar-Besaran

Komen tersebut difahamkan merujuk kepada hantaran yang mendakwa Arab Saudi tidak prihatin terhadap nasib penduduk Palestin apabila tetap meneruskan festival muzik terbesarnya iaitu ‘Riyadh Season 2023’ yang berlangsung pada 28 Oktober lalu.

Susulan itu, individu terbabit dikatakan telah dipecat selepas netizen Arab Saudi melaporkan isu tersebut kepada pihak atasan.

Screenshot 2023 11 06 143205

Isu ini telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya bersimpati dengan nasib individu terbabit dan berharap kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, seorang pengguna laman itu yang pernah belajar di Timur Tengah menasihatkan netizen agar berhati-hati dalam meluahkan pandangan yang dilihat sensitif tentang negara di sana.

Setakat artikel ini ditulis, Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit.

Sumber: X