in

Warga Emas OKU Bisu Dibunuh Kejam, Polis Temui Mayat Dicampak Depan Sekolah

Ngeri! Mayat seorang lelaki warga emas yang juga OKU bisu dipercayai dibunuh dengan kejam telah ditemui dekat kawasan Sekolah Kebangsaaan (SK) Suka Menanti, Alor Setar semalam.

Menurut Harian Metro, mangsa yang berusia 70-an itu telah ditemui dengan kesan kecederaan pada lehernya dan dia juga dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihak mereka menerima maklumat sekitar jam 4.30 petang berkaitan satu pergaduhan yang berlaku di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Tidak lama selepas itu, pihak polis menerima satu lagi info mengenai penemuan mayat lelaki yang disyaki ada kaitan dengan pergaduhan itu.

Mayat lelaki itu ditemukan dengan kesan kecederaan teruk di leher.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa dibawa menaiki kereta Proton Saga oleh suspek lelaki berusia 30-an dan motosikal mangsa dipercayai ditinggalkan di kawasan pergaduhan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim,” jelasnya.

 

Lepas tinggal mayat, langgar motosikal pula

Selepas meninggalkan mayat di kawasan sekolah, suspek dikatakan telah melanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki di kawasan Taman Wira Mergong yang menyebabkan kecederaan pada mangsa.

“Suspek ditahan orang awam di kawasan itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek didapati berada dalam keadaan khayal. Dia juga dipercayai terbabit dalam pergaduhan petang tadi dan individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat lelaki warga emas itu di sini (hadapan sekolah),” katanya.

Pihak polis pada masa ini masih menjalankan siasatan sama ada suspek dan mangsa yang dibunuh ada kaitan sebelum ini.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai dua rekod lampau yang berkaitan. Polis juga turut merampas sebilah parang yang ditemui dalam kereta suspek bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa pula telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.

Baca: Mayat Lelaki Reput Ditemui Di Longkang Rupanya Dibunuh Anak Saudara Sendiri Sebab Tak Tahan Dibuli & Dipukul

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook