in

Mayat Lelaki Reput Ditemui Di Longkang Rupanya Dibunuh Anak Saudara Sendiri Sebab Tak Tahan Dibuli & Dipukul

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu (5 Februari), pengurus sebuah kilang di Pulau Pinang telah menemui mayat seorang pekerja warga Bangladesh, Mohammar Rajib Mia di dalam longkang kilang itu selepas terhidu bau busuk.

Memetik laporan Sinar Harian, mayat yang telah reput itu dipercayai telah dibunuh oleh seorang warga Bangladesh yang turut bekerja di kilang yang sama.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek itu merupakan anak saudara kepada mangsa.

Fb Img 1612531801360

Ketika disoal siasat, suspek berusia 21 tahun ini mengatakan dia sering dibuli dan dipukul oleh bapa saudaranya itu serta tak tahan kerana sering dimarahi.

Sebelum kejadian, kedua-duanya bergaduh menyebabkan suspek memukul mangsa sehingga meninggal dunia.”

Selepas memukul bapa saudaranya itu sehingga mati, suspek kemudiannya menyembunyikan mayat di dalam longkang di tepi bangunan kilang tempat mereka bekerja.

Fb Img 1612531791243

Mangsa dikatakan telah hilang sejak 15 Januari lalu namun tiada sebarang laporan polis dibuat malah, suspek telah pergi ke tempat kerja seperti biasa sepanjang tempoh itu.”

Ketika mayat Mohammar Rajib ditemui, polis turut menemui sebilah pisau, tukul besi dan sebatang besi terdapat kesan darah pada jarak dua meter dari mayat.

Laporan bedah siasat pula menemui terdapat kecederaan pada kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Selain itu, pihak polis juga turut menemui kesan darah di tingkat atas premis yang turut dijadikan tempat penginapan pekerja.

Suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Baca: “Jumpa mayat hampir reput dlm semak ladang sawit” – Didapati Bersalah Bunuh Anak, Pasangan Kekasih Dihukum Gantung

Screenshot 2021 02 08 At 10.37.36 Am

Sumber: Penang Kini
Sumber: Penang Kini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.