in

Warga Emas Dakwa ‘Dikasari’ Staf MBPJ Sebab Pertahan Anjing Daripada ‘Diangkut’

Ft Mbpj Tangkap Anjing

Sedang tular di media sosial beberapa video kakitangan penguatkuasa bandaraya yang sedang menangkap beberapa ekor anjing liar.

Perkongsian itu mula tular di Facebook apabila ada individu meluahkan rasa geram terhadap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana mendakwa ada kakitangan daripada badan penguatkuasa itu yang mengasari seorang lelaki warga emas.

 

Kasari pakcik tua?

Screenshot 2023 03 24 165501

Menurut pemilik video, Rekha Morgan, kejadian itu berlaku kira-kira dalam 8.55 pm hingga ke 9 pm saat dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Katanya, dia sendiri menyaksikan kejadian tersebut itu di Jalan 18/17 Taman Kanagapuram, Petaling Jaya dimana sekitar 6 ke 7 orang kakitangan MBPJ ada di lokasi tersebut termasuk pelaku yang dikatakan mengasari warga emas itu.

Screenshot 2023 03 24 165154

“Saya keluar dari kereta untuk cuba halang mereka dan beritahu yang ini bukan cara mereka menjalankan tugas dengan betul. Namun begitu kakitangan respon “kita government , memang begini kita buat kerja”. “Report polis la”.

Screenshot 2023 03 24 165443

Dalam pada itu, wanita tersebut mengatakan bahawa warga emas itu ada menjelaskan kepadanya bahawa kakitangan MBPJ itu tidak menjelaskan tujuan mereka ambil anjing dan tidak menunjukkan sebarang laporan dan ID rasmi.

Akibat kejadian tersebut rahang, difahamkan pipi warga emas itu bengkak dan terdapat luka di pergelangan tangannya.

 

Minta tindakan diambil segera

Oleh sebab itu, kumpulan hak asasi haiwan menggesa kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan segera terhadap insiden ini, lapor NST. Jurucakap Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia berkata kejadian sebegitu bukanlah perkara baharu apabila ia melibatkan majlis bandaraya di bahagian penangkap anjing.

Pada masa sama, Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR) turut menggesa orang ramai membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Namun begitu, BFM News melaporkan bahawa MBPJ telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

 

Mangsa dah buat laporan polis

Memetik laporan The Star, warga emas tersebut telah membuat laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut. Mangsa mendakwa bahawa kakitangan itu telah mengasari dirinya.

Screenshot 2023 03 24 165417

Sumber menyatakan laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini. Menurut laporan, berlaku pergelutan antaranya dengan kakitangan itu ketika insiden itu yang terjadi pada 22 Mac lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai  Khoo mendakwa penangkap anjing itu telah menghayunkan gelung yang dipegangnya dan terkena pada sebelah kiri mukanya, yang mengakibatkan dia mengalami kesakitan sehingga kini.

Baca : Siren Akan Berbunyi Kalau Dah Cukup Pengunjung, MBPJ Guna Sistem Untuk Kawal Kemasukan Ke Bazar

Page Bazar

Sumber: Facebook