in

Warga Emas Buta Terpaksa Merangkak Keluar Dari Rumah Untuk Cari Bantuan Selepas Anak Meninggal Dunia

warga emas merangkak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas berusia 69 tahun yang buta terpaksa merangkak untuk mencari bantuan selepas anak perempuannya yang berusia 48 tahun meninggal dunia di rumah yang didiami dua beranak itu.

Menurut Berita Harian, wanita warga emas itu merangkak keluar dari rumahnya untuk ke Jalan Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan selepas beberapa hari tinggal bersama jasad anak perempuannya yang meninggal dunia di rumah.


Hasil siasatan polis mendapati anak warga emas itu mengadu dia sesak nafas dan sakit dada pada hujung November lalu.

warga emas

Artikel berkaitan: Anak & Ibu Cedera Gara-gara Pembantu Rumah Mengamuk Guna Parang

Artikel berkaitan: “Saya mohon hentikan penyebaran, ini aib keluarga saya” – Isteri Lelaki Viral Di Klinik Kesihatan

Difahamkan, kematian anaknya itu disedari oleh wanita warga emas itu namun penglihatannya yang tidak sempurna membataskannya untuk membantu atau menghubungi pihak berkaitan.

merangkak

Difahamkan, wanita itu merangkak dalam keadaan tidak berdaya dengan berpandukan sentuhan di sepanjang laluan denai sempit sebelum dia tiba di tepi jalan besar pada pagi tadi sebelum dibantu oleh orang awam.

Jasad anak mangsa yang meninggal dunia di rumah kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak oleh pihak polis dan unit forensik.

Serangan jantung selepas tiga saluran jantung tersumbat sepenuhnya menjadi punca anak warga emas itu meninggal dunia.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.