Sejak akhir-akhir ini dilihat pertambahan jumlah kes melibatkan warga asing, berbeza dengan kes tempatan yang dilihat mendatar atau menunjukkan tren penurunan.
Justeru itu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata warga asing tidak dibenarkan ke masjid untuk solat jumaat atau berjemaah sekiranya kapasiti jemaah ditambah dalam masa terdekat, lapor Malaysia Gazette.
Jelasnya pada masa sama kerajaan ingin memberi keutamaan tersebut kepada masyarakat tempat untuk mengimarahkan rumah Allah.
Kebenaran tambah jumlah jemaah tertakluk keputusan Yang Di-pertuan Agong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta negeri-negeri yang beraja di bawah kuasa sultan masing-masing.
“Namun pertambahan jemaah jika dibebarkan tidak akan termasuk warga asing untuk bersolat Jumaat dan jemaah dan hanya untuk warga Malaysia sahaja.
Beliau berkata kes positif Covid-19 masih tinggi dalam kalangan warga asing, justeru tindakan seperti itu perlu diambil dalam mengekang penularan wabak tersebut.