in

Wanita Terpaksa Meringkuk Dalam Penjara Hanya Kerana Meminta Suami ‘Sado’ Kemas Rumah!

Featured 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah terbayang tak seorang isteri dipenjarakan hanya kerana meminta suaminya mengemas rumah?


Well perkara itu sebenarnya tidak mustahil apabila ianya berlaku kepada wanita ini, Valerie Sanders 58 tahun dari Catterick, Yorkshire Utara.

Valerie ditahan dan didakwa atas kesalahan ‘Queen Control’ selepas dia meminta suaminya, Michael 58 tahun, yang juga seorang ahli bina badan untuk mengemas rumah..whattttt!

Hu
Sumber : mirror

Katanya dia meminta suaminya untuk meninggalkan beberapa sesi latihan di gym dan menggantikannya dengan kerja-kerja di rumah, tapi dia pula yang terpaksa meringkuk dalam penjara selama 17 jam.

Bagaimanapun kesnya itu digugurkan sebelum ia sempat dibicarakan.

Michael banyak habiskan masa di gimnasium dan jarang membantu saya di rumah kecuali membasuh kereta”

Valerie berkata suaminya itu obses dengan sukan bina badan selepas lelaki itu mendapat pekerjaan sebagai pengurus gimnasium.

Ff
Sumber : mirror

Katanya Michael akan berada di gim dari awal pagi hingga lewat malam, malah sampai ke tahap dia tidak jumpa dengan suaminya di rumah

“Dia berlatih sepanjang masa. Dia makan lima atau enam kali sehari dan mengisar semua makanannya.”

Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas bertemu secara dalam talian dua tahun sebelum itu.

 

Suruh kemas rumah pun sampai kena penjara, dahsyat!

Baca : Ada yang sanggup bayar RM500 satu malam- Peminat Ajak Tidur Bersama Lepas Ismail Izzani Jadi Abang Sado

1 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.