Siapa kat sini suka makan hotpot atau steamboat? Nampaknya anda perlu lebih berhati-hati ketika makan makanan seperti itu sebab takut jadi macam wanita ini yang tiba-tiba wajahnya terpercik dakwat sotong ketika sedang makan steamboat.
Video wajah wanita itu yang hitam gara-gara dakwat sotong itu telah tular di media sosial setelah dikongsikan di Instagram wtfgun7788 beberapa hari lepas.
Dalam video yang berdurasi selama 18 saat itu, dapat dilihat wanita itu tergamam apabila wajahnya menjadi tempat percikan dakwat sotong tersebut mendarat sambil kejadian itu sempat dirakam oleh rakannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kembang Tekak Tengok Orang Makan Udang ‘Lompat-lompat’
Artikel Berkaitan: Kecoh! Influencer Makan Sotong Hidup Semasa Bercuti Di Thailand, Ini Penjelasan Mufti WP
Lagi mengejutkan apabila staf restoran steamboat berkenaan yang sedang melayan wanita itu dan rakannya juga turut terkena percikan dakwat sotong tersebut.
Dapat dilihat dalam video itu juga bahawa wanita itu kemudiannya cuba sedaya upaya untuk membersihkan wajahnya dari kesan dakwat sotong itu dengan menggunakan tisu namun disebabkan dakwat sotong yang terlalu banyak, wajahnya tetap begitu.
Rasanya dia kena bangun pergi cuci muka di tandas kan, barulah hilang semua kotoran tu kan.
Rata-rata warganet kesian dengan nasib wanita itu, namun tak kurang juga ada yang terhibur dengan percikan dakwat sotong berkenaan.
Ada juga pengguna media sosial yang berpendapat percikan dakwat sotong itu merupakan bukti bahawa makanan laut yang dijual di restoran itu adalah segar.
Sumber: Instagram @wtfgun7788