in

Wanita Pakai Vest Polis ‘Kawan’ Masuk Kedai, Ambil 5 Kotak Rokok Sebelum Cabut Lari

Polis2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahad (14 Mac) lepas, sebuah kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya didatangi oleh seorang wanita warganegara tempatan berumur 41 tahun


Wanita tersebut memakai vest polis dan mengambil beberapa barang di dalam premis itu tanpa membuat sebarang pembayaran.

161313461 1844650522379316 6044847191309311270 O

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek ada memberikan alasan apabila mangsa meminta bayaran.

“Pekerja premis itu meminta wanita itu membuat bayaran tetapi suspek memberikan alasan bahawa pegawai atasannya akan datang untuk membuat pembayaran dalam tempoh satu jam.”

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta peronda polis jenis Honda Civic.”

Menerusi Harian Metro, suspek mengambil lima kotak rokok pelbagai jenama, pemetik api dan gula-gula dianggarkan berjumlah RM146.30.

Bertindak atas laporan, katanya, polis telah menjalankan siasatan dengan menahan dua anggota berusia 31 serta 38 tahun, pada 5 petang hari sama.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan dua lagi suspek termasuk seorang wanita masing-masing berusia 36 dan 27 tahun di kawasan Petaling Jaya, pada 8.30 malam hari sama.

“Semakan mendapati suspek wanita mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dadah manakala suspek lelaki mempunyai 13 rekod lampau,” katanya.

Kata Nik Ezanee, keempat-empat suspek yang ditahan mengaku terbabit kejadian samun berkenaan.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan dua lagi suspek termasuk seorang wanita masing-masing berusia 36 dan 27 tahun di kawasan Petaling Jaya, pada 8.30 malam hari sama.”

160998233 1844650555712646 286562284687811591 N 161579636 1844650589045976 7643490470525597007 N

“Semakan mendapati suspek wanita mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dadah manakala suspek lelaki mempunyai 13 rekod lampau,” katanya.

Katanya, keempat-empat suspek yang ditahan mengaku terbabit kejadian samun berkenaan.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Viral Kisah Pemuda Hilang Ketika COD Iphone! Rupanya Diculik Pembeli Yang Menyamar Sebagai Polis

Polis 3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.