in

Wanita Meninggal Dunia Lepas Dibedah Oleh Doktor Palsu Yang Belajar Dari YouTube

ft doktor palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berumur 25 tahun dari India maut selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh individu yang menyamar sebagai doktor. Lebih teruk lagi, dia belajar prosedur tersebut melalui YouTube.

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Munishara mengalami sakit perut dan ingin mendapatkan rawatan yang di pusat perubatan yang terletak berhampiran dengan rumahnya pada 4 Disember lepas.


Artikel berkaitan : Dua Tahun Dah ‘Rawat’ Pesakit, Doktor Palsu Akhirnya Kantoi Ketika Nak Sambung Kontrak!

Artikel berkaitan : “KKM rampas 502 jenis ubat” – Warga Bangladesh Jadi Doktor Palsu Siap Tawar Perkhidmatan Perubatan

Buka klinik haram, belajar bedah daripada YouTube

Hasil pemeriksaan, suspek yang dikenali sebagai Gyan Prakah Mishra, 48 itu mendakwa bahawa mangsa ada batu hempedu dan perlu menjalani pembedahan segera.

Keluarga mengatakan bahawa Mishra ada memberitahu suspek akan dibantu doktor lain, namun dia sendiri yang melakukan pembedahan tersebut.

Seusai pembedahan, mangsa meninggal dunia pada keesokan harinya selepas prosedur itu didakwa dilakukan secara salah. Polis memaklumkan bahawa Mishra dan anak saudaranya turut membantu semasa pembedahan yang tak diiktiraf itu telah melarikan diri.

Screenshot 2025 12 11 113156

Suami kepada mangsa, Tej Bahadur Rawat mengatakan bahwa kedua-duanya telah disiasat atas kesalahan yang menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Semasa siasatan dijalankan, pasukan perubatan telah mengesahkan bahawa mIshra bukan seorang pengamal perubatan yang bertauliah dan kliniknya tidak berdaftar dengan Jabatan Kesihatan.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa prosedur yang dijalankan oleh suspek itu hasil yang dia belajar dari YouTube.

Teh Bahadur mengatakan bahawa isterinya pernah disahkan mempunyai batu hempedu pada 2018, namun rasa sakit itu hilang selepas itu. Bagaimanapun, pada 4 Disember lalu, kesakitan tersebut datang kembali sebelum dia membawa isteri ke klinik suspek yang terletak kira-kira 4 kilometer dari rumah mereka.

“Selepas melihat hasil imbasan, dia kata baru hempedu semakin besar dan isteri saya perlu dibedah segera. Katanya dia belajar prosedur itu dari media sosial.”

Sumber : India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.