in

Wanita Mengandung & Ibu Menyusu Boleh Ambil Vaksin – Menteri Kesihatan

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mengandung boleh menerima vaksin Covid-19 tapi ia perlu dipertimbangkan berdasarkan “asas kes demi kes” kata Menteri Kesihatan.


Memetik laporan dari FMT, Dr Adham Baba mengatakan wanita mengandung perlu mendapat nasihat dari doktor sebelum mengambil vaksin.

Mereka boleh terima vaksin tapi dengan syarat mereka perlu berbincang dengan doktor dan mengambil penilaian risiko terlebih dahulu.”

Tambahnya lagi, wanita mengandung juga akan diberikan akses kepada vaksin jika kementerian kesihatan mendapati mereka tergolong dalam orang yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19.

Pfevaxgettyimages 1230007761 Dd073E8151F99Baf62E9E632A1D5Ab638678A402 S800 C85

Tak cukup dengan itu, Dr Adham turut berkata yang ibu menyusu juga layak untuk mengambil imunisasi ini kerana data klinikal tak menunjukkan apa-apa kesan sampingan negatif atau kontraindikasi kepada susu ibu.

Bagi orang-orang yang imunokompromi seperti pesakit HIV juga akan dipertimbangkan untuk mendapatkan vaksin. Tapi seperti ibu mengandung, mereka juga perlu mendapat nasihat dari doktor tentang risiko dan faedah vaksin terlebih dahulu.

 

Baca: “Boleh terus emel kepada saya” – Netizen Dakwa Ramai ‘VVIP’ Potong Giliran Untuk Vaksin, Ini Respon KJ

Screenshot 2021 03 01 At 3.44.56 Pm

Sumber: NPR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.