in

Wanita Histeria Dan Tumbuk Diri Sendiri Selepas Tonton Annabelle: Creation

Annabelle 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Histeria Dan Tumbuk Diri Sendiri Selepas Tonton Annabelle: Creation
Loading
/

Tidak lama dulu kami ada menulis mengenai betapa seramnya Annabelle: Creation sehingga penonton Korea Selatan terkucil di dalam seluar. Tapi pengalaman penonton dari Brazil lain pula jadinya apabila seorang perempuan dikatakan ‘histeria’ sebaik saja keluar dari pawagamMesti jenis lemah semangat ni! 


Menurut Daily Mail, seorang wanita Brazil telah dikejarkan ke hospital selepas dia dikatakan mengalami histeria akibat daripada menonton filem seram, Annabelle. Wanita yang berusia 20 tahun itu telah menonton di panggung wayang dekat Terestina, timur laut Brazil untuk tontonan lewat malam.

436E042700000578 4808598 Image A 12 1503299962427
sumber: daily mail
436E043000000578 4808598 Image A 25 1503302629811
sumber: daily mail

Aksi meremang wanita itu dirakam melalui telefon pintar salah seorang pengunjung pawagam menunjukkan mangsa sedang terbaring di atas lantai mall tersebut di luar kawasan pawagam sambil menjerit dan terbatuk-batuk teruk.

Orang di sekeliling dilihat cuba untuk menenangkan wanita yang histeria itu apabila dia mula bertindak gila dengan menumbuk mukanya sendiri. Alamak! 

Setelah keadaan dilihat tidak terkawal, wanita tersebut terpaksa dibawa keluar dari pusat membeli belah tersebut menggunakan kerusi roda. Dia seterusnya dibawa ke hospital berdekatan dengan bandar Brazil di Piaui.

Ann
sumber: gruemonkey

Walau bagaimanapun sehingga kini, pihak pusat membeli belah tersebut masih tidak mengetahui punca akan mengapa wanita tersebut tiba-tiba bertindak pelik dan ganas terhadap dirinya sendiri.

Apa yang mereka ketahui ialah wanita tersebut ternyata kelihatan sangat takut dan tidak dapat menyatakan apa yang telah berlaku ke atas dirinya pada malam itu.

Kalau dah lemah semangat eloklah jangan tonton cerita hantu. Baik tengok filem komedi, lagi menghiburkan!

Baca: ‘Anabelle: Creation’ Sangat Menyeramkan Hingga Penonton Korea Selatan Terkencing Dalam Seluar

Annabelle Creation Is So Scary It Reportedly Causes South Korean Netizens To Pee Their Pants World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.