in

Wanita Ditemui Mati Dalam Bilik Rumah Sewa, Selepas 3 Hari Gagal Dihubungi

2Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis mengesahkan seorang wanita tempatan ditemui maut di sebuah rumah di Taman Damai, Bagu Pahat, awal pagi Khamis, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan selepas tidak dapat dihubungi ahli keluarganya selama tiga hari.

Mayat mangsa berusia 41 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas polis bersama ahli keluarga serta pemilik rumah pergi ke kediaman yang disewanya untuk membuat pemeriksaan lanjut.


Pintu rumah berkenaan didapati berkunci dari dalam sebelum pasukan bomba dipanggil bagi membantu membuka pintu. Sebaik sahaja pintu berjaya dipecahkan, mangsa ditemui tidak bernyawa di atas katil di dalam bilik tidur.

Screenshot 2026 01 31 At 11.38.52 Am

Turut berada di lokasi ialah seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa, ditemui terbaring di atas katil bersebelahan dalam keadaan kritikal dengan kesan kelar pada leher dan pergelangan tangan.

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah yang menyebabkan kematian mangsa sebelum mencederakan dirinya sendiri, dengan kemungkinan wujud unsur cubaan membunuh diri. Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan.

Suspek kini ditahan dan direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.