in

Wanita Dakwa Suami Dit*mbak, Rupanya Kekasih Penjenayah – Polis

gambar sekadar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita baru-baru ini mendakwa bahawa suaminya telah ditembak oleh polis di Durian Tunggal, Melaka.

Namun, ternyata ada plot twist dalam dakwaan wanita tersebut apabila pihak polis mendedahkan bahawa wanita berkenaan bukanlah isteri kepada lelaki yang ditembak polis itu kerana dia sebenarnya ialah kekasih kepada lelaki tersebut.


Menurut Harian Metro, wanita yang berusia 31 tahun itu sebenarnya hanyalah merupakan kekasih kepada lelaki itu yang juga seorang penjenayah yang telah ditembak oleh polis.

Lebih mengejutkan lagi apabila suspek lelaki itu mempunyai isteri di Johor namun sejak tiga tahun lalu, lelaki itu tinggal bersama kekasihnya di Melaka.

polis PDRM gambar hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: “14 kesan t*mbakan” – Main Sembunyi-sembunyi, Pelajar Tingkatan 2 M*ut Dit*mbak Rakan Dengan Bakakuk

Artikel Berkaitan: “Arwah cari rezeki untuk anak, bini” – Rakan ‘Bodyguard’ M*ut Dit*mbak Dalam Myvi Mohon Henti Spekulasi

Siasatan polis juga mendapati bahawa wanita itu juga mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau di mana antaranya dia terlibat dengan kes cubaan bunuh, curi kenderaan dan samun.

Terdahulu, kejadian tembak-menembak berlaku antara tiga orang lelaki dan polis di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal kerana ketiga-tiga suspek itu disyaki terbabit dalam 20 kes jenayah di Melaka.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.