Banyak berlaku dalam kalangan masyarakat dimana anak sering menjadi mangsa keadaan apabila ibu dan ayah bertengkar.
Anak-anak sering kali menjadi tempat buat si ibu atau si ayah untuk melampiaskan amarah sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada pasangan.
Seperti yang tular baru-baru ini kes dimana seorang ibu sanggup membunuh anak-anaknya gara-gara ingin membalas dendam kepada bekas suami.
Kejam!
Campak kedua-dua anak dalam sungai
Viral rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang wanita telah mencampakkan kedua-dua anaknya ke dalam sungai.
Menurut laporan Gulf Today, kejadian ini berlaku di Sungai Tigris di Pusat Baghdad, Iraq pada hari Sabtu yang lepas.
Menerusi rakaman CCTV yang berdurasi selama 42 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang mendukung bayi serta memegang tangan seorang lagi anaknya sambil melintas jalan di atas sebuah jambatan.
Dia kemudiannya mencampak kedua-dua anaknya itu ke dalam sungai dari atas jambatan tersebut sebelum dengan ‘selamba’ berjalan pergi dari kawasan kejadian.
Pasukan keselamatan Iraq yang melihat rakaman CCTV itu telah mengenal pasti wanita berkenaan sebelum bertindak untuk menangkapnya.
Marah dengan bekas suami
Ketika soal siasat, wanita tersebut mengaku membuang anak-anaknya ke dalam sungai selepas marah dengan bekas suaminya. Bukan itu sahaja, dia turut mengaku mahu membalas dendam selepas bercerai beberapa bulan yang lalu.
Pasangan itu dipercayai telah bercerai tiga bulan sebelumnya dan si suami diberi hak penjagaan anak-anak mereka.
Selain itu, salah seorang ahli keluarga juga mendakwa bahawa wanita ini telah lama merancang untuk melakukan kekejaman ini.
Curang dengan kekasih
Wanita tersebut telah ditangkap curang bersama kekasihnya pada Januari lepas. Dia kemudiannya telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya dan si suami mahu menceraikannya.
Ini adalah anak perempuan kamu. Kami mahu menceraikannya di mahkamah.
Perkara itu juga telah dipersetujui secara bersama. Mereka juga dikatakan tidak memperkatakan tentang punca penceraian atau gambar-gambar kecurangan wanita berkenaan kepada sesiapapun.
Mayat kedua-dua kanak-kanak berkenaan masing-masing berusia tiga dan dua tahun berjaya ditemui pasukan penyelamat selepas operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.
Apa yang lebih menyedihkan, si bapa dikatakan meraung semahu-mahunya sebaik tiba di lokasi anak-anaknya itu dicampak sehingga lemas.
Syurga buat anak-anak tak bersalah ini.