in

“Walaupun mama, papa dah berpisah…” – Abby Abadi Ingatkan Sama-sama Jaga Anak Jika Bercerai

Normandanish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum tahu bahawa pelakon Gerak Khas, Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim.


Hasil perkongsian hidup bersama, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia antara 11 hingga 16 tahun.

Meskipun pernah mencetuskan kontroversi melibatkan rumahtangga mereka suatu ketika dahulu, Abby dan Norman kini disifatkan ‘keluarga bahagia’ – melihat kepada hubungan kekeluargaan mereka walaupun telah mempunyai keluarga sendiri.

Abby menerusi Instagram berkata, perpisahan dan penceraian tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab suami atau isteri terhadap anak-anak.

Screen Shot 2019 11 10 At 2.16.17 Pm
Sumber: instagram

Dengan memuatnaik gambar Norman bersama anak sulungnya, Danish, Abby berkata hubungan anak dan bapanya tidak seharusnya dipisahkan meskipun mereka telah bercerai dan mempunyai keluarga baharu.

“Walaupun Mama dan papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “amanah” yang diberi ini di dunia dan ‘jawab’ semua depan Allah nanti mana-mana yang tak dapat dilaksana.

“Apa yang saya cuba nak sampaikan, janganlah pisahkan anak dengan bapanya, atau anak dengan ibunya. Jagalah sama-sama, tak rugi apapun. 

“Buang segala ego yang bersarang di jiwa. Anak itu milik Allah. Dia bagi pinjam je.. kenapa kita nak buat mcm hak kita. Baik buruk bekas pasangan kita, dia tetap ibu atau bapa pada anak-anak yang telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu.” katanya.

Abby dan Norman sebelum ini pernah bercerai dua kali iaitu pada Mei 2006 dan Disember 2008.

Abby kini telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Faizal Zakaria dan mempunyai dua anak angkat.

Hmm betul kata Abby kan, jangan disebabkan ego, anak-anak yang jadi mangsa.

Baca: “Aku pulak yang tersenyum-senyum” – Netizen Teruja Nak Tengok Penyatuan Semula Abby & Norman Dalam Gerak Khas Musim Terbaru Ini!

Screen Shot 2019 11 10 At 3.14.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.